Ikuti Blog ini

Angkat sumpah MB Perak tidak sah, Nizar fail saman di KL

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sempat melambai kepada para jurugambar semasa memfailkan saman terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini bagi mendapatkan perisytiharaan bahawa beliau masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.


Mohammad Nizar, 52, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah deklarasi bahawa Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Perak HARAM yang baru pada 6 Feb lepas, tidak berhak memegang jawatan itu.


Beliau, yang hadir di mahkamah dengan berbaju Melayu lengkap berwarna hijau, memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan dan Kuasakuasa Khas di sini, melalui Tetuan Leong & Tan kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.


Mohammad Nizar, yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang apabila memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum pada 8 Mac 2008, menamakan Zambry sebagai responden dalam permohonan tersebut.


Dalam permohonan itu, Mohammad Nizar, yang memegang jawatan Menteri Besar Perak pada 17 Mac tahun lepas, mendakwa beliau masih merupakan Menteri Besar yang sah atas tiga alasan berikut:


Pertama, tidak terdapat pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak; Kedua, tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh Dewan Undangan Negeri terhadapnya sebagai Menteri Besar Perak; dan Ketiga, tidak terdapat peletakan jawatan Menteri Besar Perak.


PERAK DARUL GAMUDA


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .