Ikuti Blog ini

Rampasan Kuasa Berjaya!! secara yang sangat tidak bermoral

Kabar dari Utusan Online memaklumkan Datuk Seri Najib Tun Razak telah selesai membuat sidang akhbar sebentar tadi bagi mengumumkan BN berjaya membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi.

Ini berikutan keputusan tiga calon Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong yang telah menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN.


Datuk Nasharuddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO.

Dengan pengumuman itu, BN kini memiliki 31 kerusi berbanding PR sebanyak 28 kerusi.


Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam sidang DUN termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik oleh Menteri Besar Perak yang baru.


Najib berkata, beliau akan mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat bagi memaklumkan perkara itu.

Yang menjadi tanda tanya kini ialah bagaimana dengan kedudukan DUN yang telah dibubarkan, adakah ia pembubaran yang tidak sah dari segi perlembagaan? Dan yang kedua, apa titah Sultan ketika Menteri Besar, Dato Nizar mengadap baginda tadi?


Jika benar Perak dapat direbut kembali dengan cara yang selicik itu oleh BN, kita ucapkan tahniah kepada BN yang telah berjaya merampas kuasa secara yang sangat tidak bermoral. Sekali lagi sejarah mencatatkan opera kotor yang mencacatkan sistem demokrasi negara ini.


Kepada rakyat Perak, bersabarlah. Namun tiada siapa yang dapat menghalang anda memenuhi jalan raya bagi menyatakan isi hati anda selepas ini!!






Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .