Ikuti Blog ini

Sombongnya Hishammuddin !

KUALA LUMPUR: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak perlu didebatkan lagi.

"Nak didebatkan apa lagi. Kalau di peringkat dasar masih boleh, tapi ia kini dalam proses ubahsuai dasar," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas cabaran Pas kepadanya untuk berdebat isu berkenaan.

Sebaliknya, beliau menjemput semua pihak termasuk mereka yang tidak puas hati dengan pelaksanaan dasar itu supaya tampil memberikan pendapat dan cadangan untuk memperbaiki dasar itu.

"Lebih baik mereka beri cadangan dan pendapat. Jemputan untuk menyertai perbincangan meja bulat telah diberi supaya mereka boleh panjangkan pandangan masing-masing," katanya ketika ditemui selepas merasmikan PersidanganAntarabangsa Belia Mengenai Keganasan di sini hari ini.

Beliau mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan persidangan itu.

Pelaksanaan PPSMI sejak 2003 mencetuskan kontroversi dan perdebatan dan kebelakangan ini ia berkisar mengenai rasional sama ada dasar itu patut diteruskan atau sebaliknya.

Isu itu menjadi bertambah hangat apabila ahli akademik serta sasterawan menyertai gabungan yang dipanggil Gerakan Mansuhkan Pendidikan dan pembelajaran sains dan Matametik dalam bahasa Inggeris (GMP).Mereka menyuarakan bantahan mengenai penerusan dasar itu dan satu himpunan raksasa 100,000 yang direncanakan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2009 di hadapan Istana negara.

Sasterawan Negara yang mengepalai gerakan ini menyifatkan pemimpin seperti Hisammuddin sebagai " bertelinga satu dan berlidah dua".



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .