Ikuti Blog ini

SPR bertindak di luar perlembagaan - Pengerusi DAP

SPR telah bertindak di luar perlembagaan dalam keputusannya tidak mahu mengiktiraf notis makluman kekosongan yang disampaikan oleh Sivakumar.

SPR telah bertindak di luar perlembagaan dalam keputusannya tidak mahu mengiktiraf notis makluman kekosongan yang disampaikan oleh Sivakumar.Sebagaimana dijelaskan oleh bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, fungsi SPR ialah bertindak selaras dengan notis pemakluman rasmi Speaker Perak mengenai kekosongan yang wujud dan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari- Lim Kit Siang

Speaker boleh cabar, DAP beri SPR 48 jam

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil pendirian terbuka jika Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mahu mencabar keputusan SPR yang memutuskan tidak wujud kekosongan bagi kerusi Behrang dan Changkat Jering.



DAP, salah satu komponen Pakatan Rakyat pula menyifatkan keputusan SPR pagi tadi sebagai tidak demokratik dan bertentangan dengan perlembagaan.


Terdahulu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Speaker DUN Perak mempunyai hak untuk mencabar keputusan itu jika beliau tidak berpuas hati.


“Kita negara demokrasi. Semua orang ada hak untuk mencabar dan mahkamahlah yang menentukan,” kata beliau selepas mesyuarat khas SPR berhubung isu peletakan jawatan dua ADUN iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering).


SPR hari ini memutuskan bahawa kedua-dua ADUN tersebut masih penyandang kerusi DUN terbabit kerana wujud keraguan dalam surat peletakan jawatan yang dikemukakan oleh Speaker DUN Perak, N. Sivakumar pagi semalam.


Sivakumar semalam menghantar surat memaklumkan kekosongan DUN Behrang dan Changkit Jering kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri selepas ADUN bagi kawasan tersebut, Jamaluddin dan Mohd Osman dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka sebagai wakil rakyat di rumah beliau pada 5.45 petang Ahad lalu.


Bagaimanapun, kedua-dua ADUN berkenaan pada hari yang sama turut menghantar salinan surat yang menafikan mereka meletak jawatan.


Ditanya sama ada SPR memberatkan mana-mana surat untuk membuat keputusan, Abdul Aziz berkata, pihaknya meneliti kedua-dua surat tersebut secara sama rata.


“Ini bukan soal memberatkan mana-mana. Kita mengambil kandungan kedua-dua surat itu secara sama rata daripada orang yang sama.” katanya.


Dalam pada itu, Pengerusi DAP, Lim Kit Siang berkata, SPR telah bertindak di luar perlembagaan dalam keputusannya tidak mahu mengiktiraf notis makluman kekosongan yang disampaikan oleh Sivakumar.


“Sebagaimana dijelaskan oleh bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, fungsi SPR ialah bertindak selaras dengan notis pemakluman rasmi Speaker Perak mengenai kekosongan yang wujud dan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.


Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor di Perak berkata, bukan urusan untuk SPR bertindak dan merampas jurisdiksi mahkamah dalam mempertikaikan keputusan Speaker DUN negeri itu.


Dalam soal ini, cabaran perundangan seharusnya datang daripada kedua-dua ADUN berkenaan jika mereka mahu mencabar kesahihan surat letak jawatan masing-masing, kata beliau.


Sehubungan itu, kata beliau, semua opsyen akan dipertimbangkan untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.


Ulasan Mutaligat


SPR KINI SUDAH AMBILALIH KUASA SPEAKER DAN MAHKAMAH


SPR dibawah kepimpinan baru iaitu Aziz Yusof nampaknya semakin hebat dengan bertindak ‘merampas’ kuasa yang ada pada Speaker DUN dan mahkamah.


Kalau sebelum ini tugas SPR hanya menjalankan pilihanraya kini SPR sudah ada kuasa menentukan perletakan jawatan seseorang ADUN adalah sah atau tidak.


SPR juga kini sudah boleh menjatuhkan hukuman dan keputusan bahawa surat perletakan jawatan adalah sah atau tidak sah.


Bukti dakwaan diatas terpampang di depan mata kita apabila SPR tanpa segan silu membuat keputusan tidak menghormati kuasa Speaker DUN Perak yang memaklumkan kekosongan di dua buah DUN iaitu DUN Behrang dan Changkat Jering. SPR sebaliknya menyatakan ada keraguan terhadap surat perletakan jawatan tersebut. Persoalannya bila pula SPR boleh campurtangan adalah urusan perletakan jawatan ADUN. Bukankah tugas SPR adalah menjalankan Pilihanraya bila sesuatu kerusi disahkan oleh kosong oleh Speaker.


SPR tidak layak dan tiada kuasa untuk mencabar kesahihan surat perletakan jawatan itu. Orang yang paling layak mencabar keputusan Speaker ialah 2 orang ADUN yang terlibat iaitu Jamaludin Md Radzi dan Osman Md Jailu.


Saya sekali mencadangkan rakyat Malaysia, NGO dan parti-parti politik membuat laporan Polis terhadap tindakan SPR yang jelas bertindak diluar batasan kuasanya sendiri.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .