
Sesungguhnya, apa yang berlaku di Perak itu bukan sahaja mendukacitakan rakyat negeri itu. Malahan juga seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran. Hanya mereka yang takut untuk “berpijak di bumi yang nyata” sahaja akan menyokong “rampasan kuasa” yang telah dilakukan oleh puak-puak UMNO dan Barisan Nasional itu.

Beliau bukan tidak tahu rentetan peristiwa yang berlaku hingga menyebabkan mereka keluar dari Pakatan Rakyat. Siri kehilangan, rasuah, penyelewengan, ugutan dan gertakan jelas sekali dapat dilihat dalam kes ini. Maka Sultan Perak harus lebih adil dan saksama, melainkan 2/3 ADUN Perak memang menolak kepimpinan Nizar. Barulah baginda boleh menyatakan demikian.Namun, jika hanya tiga orang yang telah “dibeli” itu “lari” ia tidak bermakna MB ditolak.

