Federal Reserve Unit (FRU) fires several rounds of tear gas as more than 3,000 Pakatan Rakyat supporters converge for a protest march at the Ubudiah mosque - about 1km from Istana Iskandariah in Kuala Kangsar
Detik hitam sejarah Perak, kemarahan rakyat terhadap BN & Umno - TVAntara
Thousands protested outside Masjid Ubudiah - thestaronline.tv
Bantahan Rakyat terhadap sutan Perak - TV3
Kerajaan Haram Umno Perak menggesa Nizar supaya meninggalkan kediaman tersebut petang kelmarin dan mereka khabarnya mahu bertindak dengan kekerasan untuk memaksa Nizar keluar dari situ.
Sokongan dan dorongan orang ramai agar Nizar
terus mempertahankan kerajaan yang memperjuangkan kebajikan rakyat
Betapa tatkala tersungkurnya Umno /BN 10 bulan yang lau, Tajol terus mendiami kediaman tersebut selama sebulan lebih tanpa digugat oleh Pakatan Rakyat.Tidak ada sesiaopa pun yang memaksanya untuk keluar.Begitu sopan santunnya Pakatan Rakyat ; namun Umno/BN tidak tahu membalas kesantunan Pakatan Rakyat terhadapnya.
Pagi kelmarin, mereka cuba menghalang Nizar daripada memasuki pejabatnya. Bila beliau dibenarkan untuk mengambil barang-barang peribadinya di situ, beliau amat te5rkejut melihat pejabatnya kosong sebagaimana 10 bulan yang lalu tatkala beliau memasuki pejabat tersebut.
Segala-galanya ghaib! Laci-lacinya semua kosong. Ini tentunya kerja Langsuyor al-Tantuya!
Nizar juga mendedahkan sikap sebenar Setiausaha Negeri yang selama ini berpura-pura bersikap wara' dan berlemah lembut.
Umno kini memainkan isu kononya Nizar derhaka kepada Sultan dan engkar perintah Sultan.
Malam tadi beliau menafikan dakwaan tersebut.Nizar berkata, beliau hanya merayu dan merafa’ sembah perkenan Duli Tuanku agar Tuanku membuat ‘review’ keatas keputusannya yang kelihatan dipengaruhi oleh mereka yang berkepentingan.
Kerajaan Haram Umno jangan cuba berselindung dan mengheret Institusi Diraja ke kancah politik.
Nizar berharap agar Institusi Diraja negeri Perak Darul Ridzuan ini akan terus dihormati sebagaimana Institusi Diraja Thailand yang sangat dihormati setiap rakyat kerana tidak berpihak kemana-mana parti politik.