Saya tabik berulang kali kepada keupayaan MB Nizar. Jika orang lain, mendengar titah sang sultan sahaja sudah terasa ketar lututnya. Namun MB Nizar sebaliknya. Mungkin inilah berkatnya beliau bersama jamaah Islam. Takut dan patuh hanya bulat kepada Allah SWT, bagi manusia masih ada batas-batasnya…walaupun kepada seorang maharaja!
MB Nizar, teruskanlah tugas anda. Rakyat berdiri kukuh bersama anda. Di samping itu, pertingkatkan munajatmu kepada Allah SWT. Moga-moga Allah memberikan karamahnya kepadamu. Manalah tahu, selepas ini tiba-tiba lidah si Datuk SUK yang celupar itu menjadi bengkok atau pendek hingga telor untuk berkata-kata!
Manakala kepada semua MB dan KM negeri PR yang lain, sudah tiba masanya anda bertegas dengan para SUK anda. Jika perlu, anda lantiklah SUK anda sendiri yang diakui adalah amanah dengan parti atau jamaah kita sendiri. Bagi SUK lama yang memang Umno itu, anda berikan mereka kerja-kerja lain…jadi pembancuh kopi, pengutip sampah, pencari fail dan penghantar surat misalnya. Anda bukan turunkan pangkat mereka, tapi anda ubah job spect mereka sahaja. Lambat-laun, mereka rasa ‘down’ dan mungkin SUK yang berhati Umno ini dengan sendirinya akan menghantar surat perletakan jawatan…
Ya, kaedah yang sama boleh diaplikasikan kepada Bendahari Negeri, Pegawai Undang-undang, Timbalan SUK, YDP PBT dan lain-lain lagi. Ingatlah, kita sudah tiada pilihan lagi. Membiarkan mereka berada di dalam lingkungan kita dengan memperolehi segala maklumat dan kemudian mereka jugalah yang menuangkan racun tuba ke dalam mulut kita adalah tindakan paling bodoh.
Umno tetap Umno. Mereka tidak akan berubah. Wala' dan ketaatan mereka ‘absolute’ masih kepada Umno. Mereka mengharap-harap sangat apa yang terjadi di Perak akan berlaku juga di Selangor dan Pulau Pinang. Mereka mungkin sudah berangan-angan untuk menyalurkan apa-apa sahaja info agar imaginasi jahat mereka menjadi realiti di negeri-negeri PR yang lain.
Setakat ini, saya masih menantikan apakah reaksi MB Selangor, KM Pulau Pinang dan MB Kedah. Selangor khususnya, masih mengekalkan majoriti saki-baki Umno dalam pentadbiran. Mereka inilah petualang yang wajib dihapuskan. Bodohlah MB Selangor jika menghabiskan masa menjawab tuduhan dan fitnah. Masa itu boleh dijimatkan dengan mencari siapakah dalangnya dan berikan mereka ‘hadiah’ yang setimpal dengan kejahatan mereka yang tersembunyi selama ini.
Sudah tiba saat dan ketikanya, anda tunjukkan kuasa seorang MB yang sebenar. Ingat, yang memerintah adalah parti dan bukannya diri anda. Jika MB Selangor mahu mengenepikan kehendak parti, malanglah bagi PR. Ingat, parti yang memerintah…bukan anda yang memerintah. Anda hanyalah wakil parti yang boleh bertukar ganti.!!!