Ikuti Blog ini

FRU,polis dan semua yang terlibat derhaka terhadap Raja!

Lebih mengecewakan tegas beliau, bila pihak keselamatan tidak menghiraukan dan tidak menghormati pejuang-pejuang bahasa seperti Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said yang berarak ke Istana Negara.

Lebih mengecewakan, bila pihak keselamatan tidak menghiraukan dan tidak menghormati pejuang-pejuang bahasa seperti Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said yang berarak ke Istana Negara.Tak kan lah orang tua macam tu pun nak halau dengan Gas pemedih mata... zalim,zalim dan zalimmmm...



KUALA LUMPUR - Tindakan FRU melepaskan gas pemedih mata terhadap rakyat yang berarak ke Istana Negara bagi mengiringi pimpinan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong disifatkan sebagai menderhaka terhadap raja.


Ini kerana pihak istana telah memperkenankan pimpinan GMP menyerahkan memorandum tersebut dan diiringi rakyat yang turut membantah dasar tersebut.


Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Mahfuz Omar menegaskan PAS mengecam dan kesal dengan tindakan zalim pasukan keselamatan terhadap rakyat yang menyatakan bantahan mereka terhadap dasar yang secara halus sedang membunuh bahasa Melayu.


Image“Isu ini merupakan isu yang disepakati oleh semua parti bukan hanya dari kalangan Pakatan Rakyat.


“Di kalangan pemimpin Umno bukan sedikit yang menentang dasar sia-sia ini dan mendesak agar ia dihapuskan,” tegas beliau.


Lebih mengecewakan tegas beliau, bila pihak keselamatan tidak menghiraukan dan tidak menghormati pejuang-pejuang bahasa seperti Sasterawan Negara, Dato’ A. Samad Said yang berarak ke Istana Negara.


ImageSemalam, lebih 100 ribu rakyat berarak ke Istana Negara bagi menyatakan bantahan mereka terhadap perlaksanaan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).


Perarakan bermula dari Masjid Negara, Sogo dan Pasar Seni pada pukul 2.00 petang diketuai oleh Sasterawan Negara, Dato’ A. Samad Said yang memakai baju melayu berwarna merah jambu.




anti ppsmi rally 070209 pak samad chokesPimpinan PAS Pusat turut sama berarak ke Istana bagi memberikan sokongan terhadap rakyat yang membantah dasar tersebut.


Image



Pimpinan PAS diketuai oleh Presiden, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Hadi Awang; Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden, Mohamad Sabu; Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung, Dato’ Kamaruddin Jaffar; Ketua Penerangan, Dato’ Mahfuz Omar dan Bendahari, Dr Mohd Hatta Ramli.


Selain itu beberapa ahli parlimen PAS turut kelihatan berarak ke Istana seperti Dr Dzulkifli Ahmad, Ustaz Mujahid Yusuf Rawa dan lain-lain lagi.


Bukan sahaja FRU yang menderhaka kepada Raja, tetapi ia juga melibatkan semua pihak yang merestui, mengetahui dan tidak menghalang tindakan FRU itu. Ini termasuk Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pelajaran, malah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.


Ada sesiapa yang hendak buat laporan polis ke terhadap Menteri-Menteri dan KPN yang menjadi penderhaka Raja itu?




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .