Ikuti Blog ini

Nizar dan ADUN PR Tanam Pokok Demokrasi


Pakatan rakyat hari ini telah menyempurnakan satu majlis memperingati peristiwa bersejarah 3 Mac 2009 dimana persidangan tergempar DUN Perak telah diadakan bawah sebatang pokok hujan-hujan di luar perkarangan bangunan Negeri Darul Ridwan.

Berkumpul pada jam 10 pagi, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, yang telah menerima kepercayaan sebagai menteri besar sewaktu "sidang di bawah pokok," pada hari ini bersama-sama ADUN Pakatan Rakyat menyempurnakan acara penamanan "Pokok Demokrasi" yang turut dihadiri oleh YB Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Ipoh Timur.

Sebuah plak telah diletakkan dibawahnya sebagai kenang-kenangan peristiwa 3 Mac, "Monumen ini adalah sebagai memperingati persidangan yang telah diadakan di bawah pokok ini pada Mac 3, 2009."

Ia sebagai satu tanda bahawa Pakatan Rakyat telah mengamalkan demokrasi yang telah dirompak oleh Umno dan Barisan Nasional.

Upacara pagi tadi juga menyaksikan penanaman 5 batang anak pokok, sebagai simbol 5 prinsip Pakatan Rakyat - keadilan, ketelurusan, beramanah, berkebajikan dan berintegriti.

Semalam, seorang ahli exco PR, Nga Kor Ming, telah menyatakan bahawa upacara ini adalah penting kerana ia merupakan satu "Magna Carta" Perak yang merujuk kepada Undang-undang Perlembagaan.

Upacara tersebut juga diadakan sempena meraikan sambutan setahun kejayaan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu apabila Datuk Seri Anwar dijadualkan berucap di hadapan penyokong Pakatan Rakyat di Wisma MBSA, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan jam 4.30 petang ini.

Nizar berkata, mercutanda ini juga akan menjadi "tarikan pelancong," yang sama-sama kita saksikan sejak lima hari yang lalu, ramai pengunjung dalam dan luar negara berteduh di bawah pokok berkenaan untuk bergambar kenang-kenangan.

Beliau berkata anak pokok itu ditanam sebagai simbolik demokrasi yang ingin ditunjukkan kepada rakyat negeri itu.

"Jika dilihat dari sudut sejarah peristiwa ini menyamai Perjanjian Hudaibiyah antara kerajaan Islam Madinah dengan kerajaan Quraisy di Mekah," katanya pada siang media selepas acara itu, hari ini.

Nizar juga memberitahu pemberita yang beliau akan menghantar surat ke pihak Istana pada hari Selasa untuk memaklumkan kepada Sultan berhubung dengan tiga usul yang telah diluluskan - iaitu beliau telah mendapat kepercayaan sebagai menteri besar, pembubaran dewan undangan negeri dan mengesahkan keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk menggantung Datuk Zambry Abd Kadir bersama enam exco yang lain dari menghadiri sidang.

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, berkata pihaknya berharap Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak akan membuang tugu berkenaan serta mencabut pokok terbabit.

Mereka yang hadir menyaksikan upacara gemilang pagi ini kelihatan ceria dan berbangga dengan pendirian tegas kerajaan Pakatan Rakyat bahawa mereka adalah kerajaan yang sah dan mereka sentiasa memberikan sorakan kepada pemimpin PR di sepanjang upacara gemilang yang berlansung kira-kira 45-minit itu.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .