Ikuti Blog ini

Nizar : Selasa mohon perkenan Sultan.

IPOH: YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan memohon perkenan untuk menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan tiga usul, termasuk memohon pembubaran Dewan, yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok di sini Selasa lalu.

Beliau berkata, pihaknya akan mengemukakan surat dan dokumen berkaitan hasil persidangan berkenaan kepada Sultan Perak Selasa ini.

"Sebelum ini kita sibuk dengan kes mahkamah, esok cuti jadi Selasa ini kita akan hantar surat (kepada Sultan Perak)... akan menghadap Tuanku sebaik dapat lampu hijau," kata bekas menteri besar Perak kepada pemberita selepas merasmikan tugu berbentuk plak di bawah "pokok sena" di Medan Istana di sini yang menjadi kawasan berlangsungnya persidangan berkenaan. - DRS. KHALIL IDHAM LIM




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .