Sejarah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w juga berlaku di bawah sepohon pokok yang dikenali dengan Perjanjian Hudaibiyah sehingga selepas 2 tahun berikutnya Islam kembali gemilang dengan peristiwa Hijrah. Demikian antara ucapan YAB. Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam Majlis meletakkan Plet Tanda Pokok Demokrasi dan menanam 5 pokok baru di tempat berlangsungnya sidang pada 3 Mac yang lepas.
Harapan beliau dalam tempaoh paling lama 2 tahun pakatan Rakyat akan kembali berkuasa di Perak, sambil menerima tepukan gemuruh dari hampir 500 orang yang hadir.
Majlis ringkas tetapi bersejarah dan penuh arti itu dihadiri oleh Penasihat DAP, Sdr. Lim Kit Siang, Exco-Exco Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat, ADUN Paktan Rakyat, Ahli-Ahl Parlimen Perak, pimpina Pakatan rakyat dari PAS, DAP dan PKR serta warga setempat termasukalah penghuni rumah kediaman yang tinggal di persekitaran pokok itu.
Majlis dimulai dengan Bacaan Doa oleh Pengerusi Majlis yang juga ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim. Selain YAB Menteri Besar, YB. Lim Kit Siang dan YB. Nga Kor Ming juga memberikan ucapannya..
Selepas itu daidakan upacara merasmikan pokok demokrasi dengan simbolik membuka kain merah yang menutup plet tanda pokok demokrasi.
Setelah itu diadakan upaca menanam 5 pokok "sena" atau nama saintifiknya "rain tree"
tidak berapa jauh dari itu.