Apa pula tindakan ‘Bakal Perdana Menteri’ Dato’ Seri Najib Razak selepas ini, setelah kes pembabitan beliau dalam pembunuhan Altantuya Shaaribuu didedahkan oleh media antarabangsa.
Sirul pernah mendakwa dia hanyalah seekor kambing hitam, maka dengan ‘kenyataan beramaran’ yang didedahkan oleh Raja Petra dan laporan akhbar Perancis itu, adakah Najib adalah gembala kepada kambing hitam, si Sirul ???
Sebuah akhbar Perancis mendakwa Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak pernah bertemu dengan mangsa pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Razak Baginda.
Menurut laporan akhbar Liberation semalam, 5 Mac, 2009, Najib pernah bergambar bersama pasangan kekasih itu.
Dengan laporan itu sekaligus menolak penafian yang pernah dibuat oleh ‘bakal perdana menteri’ itu kononnya beliau tidak mengenali Altantuya.
Malah Najib pernah bersumpah dengan menyebut nama Allah, tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh Pakatan Rakyat khususnya PKR sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh sedang memuncak, Ogos tahun lepas.
Penyiasat Persendirian yang hilang hingga kini, P.Balasubramaniam, turut mendakwa Najib mengenali Altantuya dalam satu Surat Akuan Bersumpahnya yang pertama.
Tidak sampai 24 jam, Balasubramaniam muncul dalam keadaan tertekan, membawa kepada umum Surat Akuan Bersumpah yang kedua, dimana kandungannya bertentangan.
Selepas itu, Balasubramaniam “dihilangkan” dan walaupun laporan telah dibuat oleh anak saudaranya, tiada apa-apa siasatan dibuat oleh pihak polis.
Keputusan kes bunuh Altantuya yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan.
Razak, yang dituduh bersekongkol dengan anggota polis berkenaan, dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan dalam keputusan mahkamah tinggi yang dipertikaikan oleh pelbagai pihak sebagai tidak masuk akal dan sesuatu yang direncanakan.
Menurut akhbar itu, Razak dan Altantuya bertolak pada Mac 2005 ke Eropah untuk menyelesaikan beberapa aspek berhubung dengan kontrak pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia bernilai RM4.7 bilion.
Menurut akhbar itu, ketika di Paris, Najib bertemu dengan Altantuya dan Razak serta bergambar dengan mereka.
Razak bertindak sebagai pengantara untuk menghasilkan rundingan pembelian kapal selam itu daripada Syarikat Armaris, sebuah usahasama Peranchis-Sepanyol.
Altantuya seterusnya datang ke Kuala Lumpur October 2006 apabila menerima berita Armaris telah membayar komisyen RM541juta kepada Perimekar yang di miliki oleh Razak.
Altantuya menuntut komisyennya berjumlah 500,000 dolar Amerika daripada Razak.
Menurut akhbar itu, siasatan mendapati Rosmah, isteri Najib membantah sebarang pembayaran kepada Altantuya.
Altantuya mendesak Razak untuk membayarnya untuk beberapa hari dan ketika inilah keputusan diambil untuk bertindak terhadap wanita Mongolia itu.
Tugas itu diberikan kepada dua anggota polis unit tindakan khas untuk melindungi orang kenamaan termasuk Najib.
Wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.
Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan sebelum mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam.
Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.
Beberapa jam sebelum Razak di tahan, Najib menghantar sms kepada sekutunya berbunyi: Saya akan berjumpa dengan Ketua Polis Negara pukul 11 pagi hari ini, Masalah ini akan diselesaikan. Sabar.”
Klik Artikel sepenuhnya yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dari Raja Petra dan Akuan Beramaran Sirul