

Persoalannya sekarang kenapakah Zambry dan kumpulan kudetanya sangat gopoh bertindak kepada satu institusi yang sangat dihormati diperingkat rakyat bawahan. Ketua Kampung yang bukan hanya dilihat sebagai penyalur maklumat kepada peringkat lebih tinggi namun ianya satu jawatan yang sekian lama didambakan untuk berkerja dengan telus adil tidak mengira bulu.
Di sanalah kejayaan yang dicipta oleh semua Ketua Kampung semasa Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak. Sesudah 50 tahun ketua Kampung menjadi badan yang diperalatkan namun semasa dibawah teraju Pakatan Rakyat mereka bebas berkerja tanpa kongkongan dan arahan melampaui tugas yang sebenar.
Kerana itu mereka cukup selesa bersama PR walaupun gajinya tidak seberapa. Baru tahun ini sahaja mereka dihargai dengan kenaikan elaun dari RM 200 ke RM 400. Setiausaha JKKK pula diberi elaun sebanyak RM 200.
Walaupun tidak diberikan apa-apa imbuhan semacam mereka sanggup berbakti untuk anak desa masing-masing, ditambah mereka kebanyakannya ada pendapatan tetap atau dikalangan mereka yang pencen dari jawatan kerajaan dan swasta. Sesetengahnya semacam mengahabiskan sisa hidup untuk berbakti dengan jawatan yang diamanahkan itu.
Kini rampasan kuasa kepada jawatan ketua Kampung yang dilantik oleh rakyat dan kerajaan Pakatan Rakyat menyebabkan rakyat makin meluat dan benci kepada Ketua Kampung JKKP yang kembali berkuasa. Begitulah kebencian kepada kerajaan Kudeta BN di Perak, ianya semakin dibenci oleh rakyat bawahan.
Sesungguhnya rakyat dapat menilai yang mana kaca yang mana intan. Saya cadangkan kepada Zambry dan kumpulan kudetanya, lakukan banyak lagi perkara yang akan menambahkan rakyat membenci BN. Kerana realitinya BN sudah siap untuk ditolak secara total dalam tempoh masa yang mendatang, cepat atau lambat itu tidak penting, yang lebih penting rakyat telah pun membuat keputusannya.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM