Membazir atau belanja berhemah apabila mahu melelong kereta yang baru dibeli. Tentunya sesuatu yang agak janggal kerana kebiasaan kereta kerajaan yang dilelong sudah berusia dan tidak ekonomik lagi untuk digunakan.
Sebaliknya 16 kereta Toyota Camry 2.4 yang digunakan anggota Exco Pakatan Rakyat di Perak tidak sampai setahun sudah mahu dilelong kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN). Tetapi itulah yang berlaku di Perak apabila kerajaan Haram BN yang mendapat kuasa melalui rampasan secara paksa mempamerkan keanguhan biar pun baru dua bulan mentadbir.
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, apabila dilelong sudah tentu kenderaan yang baru pula akan dibeli kerajaan BN Haram di Perak dengan harga lebih tinggi.
"Apabila kereta Camry dilelong harganya tentu menjadi lebih murah berbanding harga asal.
"Lainlah kalau kerajaan negeri membeli proton Exora yang baru dilancarkan, barulah munasabah.
"Nanti pendapatan hasil lelongan tersebut digunakan untuk membeli kereta yang lebih mahal, ia tentunya akan merugikan lagi," katanya.