Ikuti Blog ini

PRK N12 DUN Penanti (07) ~ Perletakan Fairus tidak sah...


PULAU PINANG - Ramai juga yang terkejut bila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiba-tiba menunda tarikh pengumunan tentang pilihanraya kecil DUN Penanti yang baru dikosongkan itu. Hari ini SPR melaporkan ia akan diumumkan Isnin ini, sedangkan esok BN akan bermesyuarat berkaitan perkara ini. Bukan ini jelas menunjukkan terdapatnya perancangan khas yang dilakukan untuk memberi keselesaan kepada UMNO dan BN sebenarnya. Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, SPR yang akan bermesyurat pada Isnin nanti, 27 April 2009 dikatakan akan memutuskan bahawa tiada kekosongan di DUN Penanti.


Pilihanraya Kecil tidak perlu diadakan di DUN berkenaan kerana Fairus Khairuddin (foto) tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN. Ini kerana seseorang yang berjawatan ADUN ataupun wakil rakyat tidak dihalang daripada melanjutkan pelajaran. Kalau seseorang ADUN itu dibenarkan untuk menjalankan perniagaan, maka lebih-lebih lagilah kalau nak menyambung pelajaran, ianya tiada halangan dari segi haknya untuk mengekalkan tugas sebagai wakil rakyat.


Lagipun, pada hari semalam 22 April 2009, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menutup kes siasatan yang melibatkan Fairus kerana tiada fakta dan bukti yang sahih untuk mendakwa beliau. Dengan ini maka Fail siasatan kes rasuah beliau telah ditutup dan selesai. Jelas kepada kita bahawa beliau tidak terlibat dengan kes ini dan nama beliau telah dibersiahkan oleh SPRM. Terima kasih dan tahniah kepada SPRM kerana tidak menunggu terlalu lama untuk menentukan sesuatu kes itu perlu didakwa atau pun ditutup sebelum dibawa ke mahkamah.


[Keputusan ini telah melegakan sahabat kita Fairus Khairuddin dan ia membuktikan bahawa tuduhan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PKR Bahagian Kepala Batas terhadap beliau adalah tidak benar. Kalau YB Fairus dah bersih daripada tuduhan dan dakwaan rasuah, maka apa perlunya beliau nak kosongkan kerusi DUN yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lalu. Jangan persiakan serta jangan gadaikan amanah yang diberikan oleh pengundi di DUN Penanti.

Saya berhadap YB. Fairus akan dapat meneruskan tugasnya sebagai ADUN Penanti bagi mempastikan pembangunan dan juga pembelaan rakyat di kawasan berkenaan tidak terabai seperti yang dijanjikan olehnya dalam kempen pilihanraya lalu].



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .