Ikuti Blog ini

Samada Speaker bertindak betul atau tidak, hanya dewan sahaja yang boleh membincangkan..

Keputusan Mahkamah Persekutuan menimbulkan lebih banyak keraguan kerana ianya telah campurtangan dalam prosiding Dewan Negeri,
Keputusan Mahkamah Persekutuan menimbulkan lebih banyak keraguan kerana ianya telah campurtangan dalam prosiding Dewan Negeri,apa sahaja keputusan yang dibuat pada hari ini boleh diabaikan oleh Dewan Negeri kerana ia hanya merupakan satu deklarasi dan bukannya mandamus atau certiorari - Datuk Ngeh Koo Ham

Mahkamah Rakyat: Pungutan Suara kembalikan Hak Rakyat



Putrajaya 16 April 2009 Lepas ni, badan perundangan (DUN dan Parlimen) pun boleh persoalkan keputusan mahkamah sebab pengasingan kuasa dah tak boleh pakai lagi.


Tak lama lagi, mana-mana ahli badan Eksekutif (Kabinet, Exco Negeri) pun boleh terlepas daripada hukuman mahkamah lepas rogol anak orang, bunuh orang, makan suap dan macam-macam lagi.


Doktrin pengasingan kuasa sekadar dalam buku teks sekolah sahaja. Tetapi tak boleh diamalkan.


Kenapa takut kembalikan kepada Mahkamah Rakyat untuk mengembalikan keadilan. Ikuti ulasan dari EXCO kanan Dato Ngeh Koo Ham, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak berkaitan dengan keputusan mahkamah Persekutuan Putrajaya.


Menurut Datuk Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Negeri Perak, krisis Perak belum berakhir lagi. Menurutnya, walaupun Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan bahawa tindakan Speaker Perak menggantung Zambry dan kuncu-kuncunya tidak sah, ia tidak membawa apa-apa makna yang mengikat.


Mahkamah juga tidak membuat apa-apa keputusan mengenai ‘Persidangan Bawah Pokok’ yang dibuat pada 3 Mac 2009. Dalam persidangan itu, keputusan Jawatankuasa Hak & Kebebasan untuk menggantung 7 orang ahli Dewan Negeri itu telah diterima dan diluluskan.


Keputusan Mahkamah Persekutuan menimbulkan lebih banyak keraguan kerana ianya telah campurtangan dalam prosiding Dewan Negeri.


Menurutnya lagi, apa sahaja keputusan yang dibuat pada hari ini boleh diabaikan oleh Dewan Negeri kerana ia hanya merupakan satu deklarasi dan bukannya mandamus atau certiorari. Beliau menegaskan bahawa deklarasi itu hanyalah pendapat yang tidak menguatkuasakan tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat.


Dewan Negeri mempunyai undang-undang tersendiri. Undang-undang itu hanya boleh ditafsirkan oleh Speaker. Samada Speaker bertindak secara betul ataupun tidak, hanya dewan sahaja yang boleh membincangkan hal ini melalui usul yang dibawa. Keputusan Speaker hanya boleh dicabar dalam Dewan itu sendiri.


Datuk Ngeh juga mengatakan bahawa Mahkamah telah mentafsir kuasa -kuasa Speaker, adalah tidak baik jika Dewan Negeri juga memberi pendapatnya mengenai keputusan-keputusan Mahkamah. Beliau mengatakan bahawa deklarasi yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan adalah ‘akademik dan tidak perlu’.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .