Ikuti Blog ini

Susulan Pelajar Buta Mata Terkena Kelongsang Peluru Gas Pemedih Mata, Kenyataan Ketua Polis Kelantan...

Saat-saat FRU melepaskan gas pemedih mata dan serpihan terkena pelajar





Inilah rupa keronsang gas pemedih mata FRU yang dilepaskan itu agaknya


Kenyataan terbaru Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi (foto) hari ini yang tiba-tiba mahu mempertahankan anggota polis yang terbabit menembak gas pemedih mata hingga menyebabkan mata seorang pelajar buta baru-baru ini amatlah dikesali. Selasa lalu seorang pelajar buta sebelah mata setelah terkena serpihan objek daripada gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di luar Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu Kelantan..


Ketika kejadian, Muhammad Huzaifah Mohd Noor, 18, dari Kampung Pasir Tok Kambing, Kedai Lalat, sedang mengemas barangan jualan di gerai minuman milik sepupunya, Abdul Rahman Hussein. Mata kanan Muhammad Huzaifah, pelajar jurusan Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Institut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini, gagal dipulihkan walaupun menjalani pembedahan lebih empat jam di Hospital Raja Perempuan Zainab II sejurus selepas kejadian.

Menurut maklumat, mangsa terbabit berkata kejadian itu berlaku ketika beliau sedang membantu sepupunya mengemas barang di gerai yang terletak 100 meter dari stadium, dan bersiap untuk pulang. "Tiba-tiba saya tengok keadaan jadi kecoh dan orang ramai berlari sambil terdengar polis memberi arahan supaya bersurai. Saya berpaling ke arah anggota polis berkenaan yang kebetulan melepaskan gas pemedih mata ke arah saya, tanpa sempat saya mengelak, objek itu terkena mata kanan saya," katanya. Menurut seorang saksi, yang dikenali sebagai Abd Rahman berkata beliau sempat tunduk apabila gas pemedih mata itu dilepaskan yang terkena Muhammad Huzaifah dan beliau melihat darah keluar dari mata kanannya sambil menjerit kesakitan.

"Saya dan beberapa orang lagi terpaksa memapah beliau ke hospital yang letaknya tidak jauh dari tempat berkenaan," katanya. Satu laporan polis telah dibuat pada malam kejadian dan keluarganya turut menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .