Ikuti Blog ini

YB S.Manikumar Angkat Sumpah Isnin Ini

ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau yang baru, S Manikumar akan mengangkat sumpah sebagai ahli Exco kerajaan Kedah, Isnin ini.


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata beliau sudah menghadap Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang memberi perkenan terhadap pelantikan Manikumar sebagai ahli Exco. Azizan berkata, ADUN Bukit Selambau itu juga akan menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kali pertama pada 19 April ini.


Pada pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau, Manikumar yang mendapat 12,632 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk S Ganesan yang mendapat 10,229 undi serta 13 lagi calon Bebas.


Pilihan raya kecil DUN itu diadakan berikutan penyandangnya, V Arumugam melepaskan jawatan pada 9 Februari lalu. Sebelum itu, Azizan berjanji calon Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau akan dilantik sebagai ahli Exco kerajaan negeri jika memenangi kerusi itu. Manikumar dijangka memegang portfolio Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri yang dikosongkan Arumugam.


[tahniah.jpg]
[Tahniah diucapkan kepada YB S.Manikumar atas kemenangan bersejarah dalam satu persaingan sengit yang paling mendebarkan. Ini kerana beliau terpaksa berhadapan dengan 14 calon lain untuk bergelar wakil rakyat kawasan itu. Ternyata kekuatan PKR adalah kerana suara rakyat yang sudah muak dan jelek dengan UMNO dan BN. Malah semangat yang begitu membuak-buak untuk melakukan perubahan telah menjurus ke arah itu, selepas Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru].



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .