Ikuti Blog ini

Ganesan Akui Dilantik Jadi Speaker Secara Sah




IPOH - Speaker "HARAM" Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R Ganesan (foto), berkata pelantikan beliau sebagai Speaker adalah sah mengikut undang-undang kerana ia dibuat berpandukan Perintah Tetap DUN serta berasaskan siapa yang menguasai majoriti dalam dewan persidangan itu.

Beliau berkata, usul pemecatan dan pelantikan Speaker bukan berada dalam budi bicara bekas Speaker, V Sivakumar, sebagaimana dakwaannya sebelum ini, tambahan pula usul itu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang serta peraturan sedia ada. Katanya, Perintah Tetap juga jelas menyatakan apabila Speaker baru dipilih, Speaker lama perlu mengosongkan jawatan dan pejabat yang didudukinya.

Malah, katanya, Sivakumar seharusnya mengambil sikap terhormat dengan secara sukarela mengosongkan kerusinya apabila Speaker baru sudah dipilih. Ditanya apakah tindakan selanjutnya jika Sivakumar masih enggan mengosongkan pejabatnya, beliau berkata: "Awak jangan tanya saya. Awak tengok apa yang akan berlaku." Ditanya bila beliau akan masuk ke pejabat Speaker di bangunan Perak Darul Ridzuan, Ganesan berkata, ia akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

Mengenai kenyataan pakatan pembangkang yang tidak mengiktiraf Sidang DUN semalam dan masih menganggap V Sivakumar sebagai Speaker yang sah kerana persidangan belum bermula ketika usul pemecatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Ganesan berkata, sebenarnya sidang DUN sudah pun bermula apabila Sivakumar mengambil tempatnya dalam DUN.


[Punyalah bangang puak-puak UMNO dan BN bercakap dan mengeluarkan hujah masing-masing. Kononnya persidangan sudah bermula secara sah bila Sivakumar mengambil tempat duduk dalam DUN. Jika begitu keadaannya, kenapa kenyataan Sivakumar tidak dituruti.

Misalnya beliau mengarahkan Zambry dan Exconya keluar, usul pecat Speaker ditolak dan sebagainya. Kenapa pula ada anggota polis yang tergamak mengheret Sivakumar keluar dari dewan yang mulia itu. Bukankah ini menimbulkan banyak persoalan yang perlu dijawab sebenarnya.

Maka itu, kini Perak secara sahnya mempunyai dua Menteri Besar dan dua Speaker. Bertambah celarulah pentadbiran kerajaan negeri Perak selepas ini jika kuasa tidak dikembalikan kepada rakyat untuk menentukannya secara pilihanraya yang adil dan sah disisi undang-undang. Bubar DUN, itu yang wajar].


Biadap dan zalim bila Speaker DUN Sivakumar diseret keluar dewan
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .