Ikuti Blog ini

Pewaris tarik diri sertai debat ISA



KUALA LUMPUR - Debat ISA: Halal atau Haram yang dianjurkan GMI tetap berjalan seperti dijadualkan Sabtu ini, walaupun kemungkinan tidak akan disertai Pewaris seperti yang dipersetujui sebelum ini.


ImageDebat yang akan diadakan di Dewan Sivik, MBPJ, 9 Mei ini pada awalnya membariskan bekas tahanan ISA dua kali, dan juga Adun Hulu Kelang, Saari Sungib bagi pihak GMI, manakala Pewaris bersetuju meletakkan wakilnya.


Bagaimanapun, dalam pertemuan mereka kelmarin, Pewaris memutuskan untuk menyertai debat berkenaan dengan beberapa syarat iaitu perlu disiarkan secara langsung di Radio 24 Bernama. GMI menolak syarat tersebut dengan alasan 'meragui' ketelusan siaran radio berkenaan.


ImageDalam pertemuan itu juga, Pewaris turut mencadangkan supaya pendebatan itu ditukar kepada perbincangan, namun turut ditolak GMI.


Menurut aktivis GMI, yang juga isteri tahanan ISA, Norlaila Othman, pada asalnya Pewaris bersetuju menyertai debat tersebut, namun kemudiannya mula berdolak-dalik yang akhirnya memutuskan untuk tidak menyertainya.


"Melalui surat dahulu, Pewaris bersetuju. Tetapi bila bertemu, mula berdolak-dalik seolah-olah tidak tahu keputusan sebelum ini. Wakil yang berbincang dengan GMI juga sering bertukar-tukar yang menjadikan ia tidak konsisten," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.


Bagaimanapun, kata Norlaila, penolakan Pewaris itu tidak menghalang pendebatan itu dijalankan seperti dirancang, malah GMI bersedia sekiranya terdapat mana-mana pihak yang hadir dalam program itu tampil mengganti Pewaris.


ImageSementara itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan GMI, pihaknya kesal apabila Pewaris tidak menyahut cabaran mereka sedangkan pendebatan secara bersemuka, berdepan dan terbuka merupakan medan percambahan pendapat yang sihat.


Sebelum ini, Pewaris dengan lantang mendakwa ISA diperlukan untuk mempertahankan Islam, dan dari sudut inilah Pewaris seharusnya bertanggungjawab menjelaskan kepada masyarakat tentang pandangannya.


Dalam pada itu, GMI menjemput orang ramai untuk turut menyertai pendebatan ini serta mana-mana pihak, khususnya Pewaris untuk turut berinteraksi dengan wakil GMI, Saari Sungib.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .