Ikuti Blog ini

Pemuda PAS Yang Mesra Media

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/datopamemeriksaperbarisan.jpgKUALA TERENGGANU – Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu yang baru mengalu-alukan kerjasama pihak media melaporkan setiap aktiviti, program dan kenyataan akhbar yang bakal dibuat dengan adil dan saksama.

Setiausahanya Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata pihaknya bersedia untuk menjadi Dewan Pemuda PAS yang “Mesra Media” sesuai dengan prinsip kebasan akhbar dan etika kewartawanan baik yang diterimapakai.

Mengulas tentang pelantikan beliau ke jawatan tersebut, beliau menyifatkan ia adalah suatu amanah yang besar untuk dipikul.

“Saya selaku Setiausaha yang diamanahkan, sedaya upaya akan memastikan pemuda PAS Terengganu terus berada di landasan yang betul dan istiqamah dalam apa yang telah dirancang,”katanya ketika dihubungi Buletinonline semalam.


Beliau turut menyatakan kesediaannya untuk mengurus sayap penting PAS itu ke arah menjadi pemuda contoh di Malaysia dan InsyaAllah akan berusaha merampas semula pemerintahan kerajaan Terengganu daripada Barisan Nasional (BN). (Gambar - Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali mmeriksa perbarisan Unit Amal sebelum merasmikan muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu)

Sementara itu, Ketua Pemuda yang baru dilantik, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata beliau akan memastikan pemuda-pemuda negeri Terengganu akan menjadi ejen kepada suatu perubahan.

“Pemuda adalah ejen perubahan, pencetus perubahan, pendesak perubahan dan penggerak perubahan,

“kita mahu semua pemuda tidak kira bangsa dan ugama, berubah kepada yang lebh baik, bersesuaian dengan prinsip-prinsip Islam,”ujarnya.

Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu yang telah bermuktamar kali ke 40 pada 2 Mei 2009 yang lalu menyaksikan perubahan saf kepimpinan yang bakal menguruskan perjalanan organisasi itu bagi sesi 2009/2011.

Mereka yang terpilih menganggotai jawtankuasa pemuda negeri adalah Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi, YB Ustaz Mohd Noor Hamzah, Ustaz Ridzuan Hashim , Ustaz Kamaruzaman Abdullah, Ustaz Ahmad Bukhori Ghazali, Ustaz Ahmad Kamal Ali

Ustaz Hisyamuddin Abd Karim , Ustaz Jamaludin Jusoh, Ustaz Hazri Jusoh, Wan Mohd Faizul Wan Abas, Ustaz Mohd Hanafi Abdul Aziz dan Ustaz Saiful Ambia Darusa

Pelantikan keatas jawatan utama telah pun diputuskan dalam mesyuarat pendek selepas pemilihan, seperti berikut;

Ketua : Yang Berhormat Ustaz Mohd Noor Hamzah

Timbalan Ketua : Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah

Naib Ketua : Ustaz Ridhuan Hashim

Setiausaha : Saudara Wan Mohd Faizul Wan Abas




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .