Ikuti Blog ini

Perubahan 'Total' Dalam Kepimpinan Pemuda PAS Terengganu


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/safpemuda.jpgKUALA TERENGGANU – Mesyuarat Agong kali Ke 40 Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah menyaksikan perubahan total kepimpinan sayap PAS bagi negeri Terengganu itu.

Sejak awal lagi, ketika majlis perasmian, pengerusi bagi majlis tersebut, Ustaz Wan Shukairi Wan Abdullah telah mengumumkan, penyandang jawatan Ketua Pemuda Negeri tidak akan dipertahankan oleh Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani

Menurutnya, Ustaz Azman yang masih belum mencapai umur 40 tahun, mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada pimpinan muda pemuda mengisi ruang kepimpinan.

Pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa Pemuda negeri telah dibuat secara ‘segugus’ tanpa ada pertandingan secara langsung bagi jawatan-jawatan utama. (Gambar - Saf pemuda negeri ketika perasmian pada pagi tadi, selepas pemilihan, Ustaz Mohd Nor (4 dari kiri) dilantik sebagai Ketua dan Ustaz Wan Shukairi (hadapan) sebagai Timbalan Ketua )


Dalam pemilihan tersebut seramai empat orang muka baru telah dipilih oleh para perwakilan, mereka adalah Ustaz Mohd Khalil Abd Hadi, Ustaz Kamatruzaman Abdullah, Saudara Hishamudin dan Wan Mohd Faizul.

Selepas diisytiharkan sebagai jawatankuasa yang baru dipilih, satu mesyuarat diadakan bagi membincangkan pemilihan bagi jawatan-jawatan utama.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah telah dipilih melalui ‘syura’ jawatankuasa yang terpilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu yang baru, bagi sesi 2009 – 2011.

Manakala, bekas Setiuasaha, Ustaz Wan Shukairi Wan Abdullah di pilih sebagai Timbalan Ketua.

Naib Ketua Pemuda Negeri adalah Ustaz Ridhuan Hashim yang juga Ketua Pemuda PAS bagi Kawasan Kuala Nerus.

Kejutan juga berlaku dengan perlantikan muka baru, Wan Mohd Faizul, Setiausaha Kerja PAS Kawasan Kuala Terengganu sebagai Setiausaha Dewan Pemuda PAS yang baru.

Upacara perasmian mesyuarat Agong DPPNT ke 40 telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato’ Mustafa Ali yang turut diiringi oleh Timbalan Pesuruhjaya Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik dan Setiausaha Perhubungan Haji Yahaya Ali
.


Senarai penuh saf kepimpinan Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu.

Pengerusi Tetap
Ustaz Hamzah Ngah

Timbalan Pengerusi Tetap
Ustaz Abu Bakar Salleh

Ketua Pemuda : YB Ustaz Mohd Noor (ADUN Bukit Payong)
Timbalan Ketua : Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
Naib Ketua : Ustaz Ridzuan Hashim
Setiausaha : Wan Mohd Faizul Bin Wan Abas


13 Jawatankuasa DPP Terengganu Sesi 2009/2011.


1.Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah (DPP Kuala Terengganu)
2.Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi (DPP Marang ~ Anak Tuan Guru Presiden PAS)
3.YB Ustaz Mohd Noor Hamzah (ADUN Bukit Payong)
4.Ustaz Ridzuan Hashim (DPP Kuala Nerus)
5.Ustaz Kamaruzaman Abdullah (DPP Hulu Terengganu)
6.Ustaz Ahmad Bukhori Ghazali (DPP Kuala Nerus)
7.Ustaz Ahmad Kamal Ali (DPP Kuala Terengganu)
8. Ustaz Hisyamuddin Abd Karim (DPP Kemaman)
9. Ustaz Jamaludin Jusoh (DPP Dungun)
10.Ustaz Hazri Jusoh (DPP Kemaman)
11. Wan Mohd Faizul (DPP Kuala Terengganu)
12. Ustaz Mohd Hanafi Abdul Aziz (DPP Dungun)
13.Ustaz Saiful Ambia (DPP Hulu Terenggan)
(Disusun mengikut jumlah undi tertinggi)

PEMERIKSA KIRA
1. Badarudin Ismail
2. Zabidi Yusof

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .