Ikuti Blog ini

Pihak polis tidak ada kuasa menghalang orang ramai yang mendapat kebenaran Speaker


Kekacauan timbul kerana provokasi orang lain. Kami juga menegaskan pihak polis tidak ada kuasa menghalang orang ramai yang mendapat kebenaran Speaker sebagai pemerhati dalam persidangan tersebut, dan pihak polis hendaklah merujuk kepada Speaker untuk mendapatkan senarai pemerhati dan media yang mendapat kebenarannya bukannya merujuk Setiausaha Kerajaan Negeri - misbahul

Kekacauan timbul kerana provokasi orang lain. Kami juga menegaskan pihak polis tidak ada kuasa menghalang orang ramai yang mendapat kebenaran Speaker sebagai pemerhati dalam persidangan tersebut, dan pihak polis hendaklah merujuk kepada Speaker untuk mendapatkan senarai pemerhati dan media yang mendapat kebenarannya bukannya merujuk Setiausaha Kerajaan Negeri - misbahul


Pihak polis tidak ada kuasa menghalang orang ramai yang mendapat kebenaran Speaker



Pihak polis tidak mempunyai kuasa menghalang rakyat mengikuti perjalanan dan perkembangan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak bermula hari Khamis ini sebagai permerhati.


Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat, Misbahul Munir Masduki berkata orang ramai yang akan hadir pada 7 Mei itu adalah didorong oleh keinginan mereka yang ingin tahu perkembangan sidang DUN selain untuk memberi sokongan moral kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan bukannya untuk membuat kekacauan.


“Kekacauan timbul kerana provokasi orang lain. Kami juga menegaskan pihak polis tidak ada kuasa menghalang orang ramai yang mendapat kebenaran Speaker sebagai pemerhati dalam persidangan tersebut, dan pihak polis hendaklah merujuk kepada Speaker untuk mendapatkan senarai pemerhati dan media yang mendapat kebenarannya bukannya merujuk Setiausaha Kerajaan Negeri,” tegas Misbahul dalam blognya, misabah.blogspot.com.


Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak sebelumnya menghadiri perjumpaan dengan pihak polis kira-kira pukul 11.00 pagi tadi bersama wakil-wakil daripada Parti Keadilan Rakyat.


Walau bagaimana pun pihak polis dalam surat jemputan ke perjumapaan itu tidak menyatakan tujuan atau motif mesyuarat tersebut yang diadakan di IPK Ipoh.


“Tajuk surat yang dihantar kepada kami ialah Perjumpaan Khas Adun/Wakil-wakil parti politik. Tetapi tidak seorang pun ADUN PAS dan PKR yang menerima surat jemputan untuk hadir. Saya tidak pasti ADUN DAP terima surat atau tidak. Saya juga tidak pasti ADUN BN dipanggil sama ataupun tidak.


“Kami tidak tahu apa motif perjumpaan tersebut, dalam surat jemputan tidak ada agenda dan sebab perjumpaan diadakan. Menghormati surat jemputan tersebut, kami menghadirinya dengan andaian ada perbincangan penting atau maklumat penting akan disampaikan oleh Ketua Polis Negeri,” kata Misbahul lagi dalam blog beliau.


Menurutnya pihak polis memberi amaran kepada Pakatan Rakyat supaya tidak menganjurkan perhimpunan besar-besaran pada 7 Mei depan dan meminta pimpinan parti-parti politik memberi nasihat supaya ahli dan penyokong parti tidak menghadiri perhimpunan tersebut.


“Pihak polis kononnya mendapat maklumat dan sumber dari internet dan ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat yang mengatakan akan ada perhimpunan besar-besaran 7 Mei di Ipoh.


“Dalam perjumpaan tersebut kami menafikan akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran pada hari tersebut, tidak ada sebab untuk kami menghalang orang ramai hadir kerana perhimpunan tersebut tidak dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.


“Kononnya ada perhimpunan besar-besaran itu adalah provokasi Zambry Abdul Kadir yang mendedahkan dalam akhbar baru-baru ini. Sebenarnya Zambry ketakutan untuk berhadapan dengan 7 Mei dan takut dengan kebangkitan rakyat yang menuntut supaya DUN dibubarkan.


“Orang yang takut memang sentiasa menggelabah terhadap apa sahaja khabar angin yang sumbernya pun boleh dipertikaikan. Kami menegaskan kepada pihak polis sepatutnya Zambrylah yang wajar dipanggil oleh pihak polis terhadap dakwaan ini untuk membuktikan kepada polis adanya perhimpunan besar-besaran yang dianjurkan oleh pembangkang,” jelas Misbahul.


Dalam perjumapaan tersebut wakil-wakil Pakatan Rakyat menuntut supaya pihak polis menggunakan kebijaksanaan yang berhemah apabila berhadapan dengan perhimpunan rakyat pada hari itu.


“Polis ada kuasa untuk menyuraikan perhimpunan, tetapi sekiranya perhimpunan itu sekadar berhimpun cara aman, tidak ada kekacauan dan rusuhan yang boleh dianggap membahayakan keselamatan, pihak polis hendaklah menggunakan budi bicara,” kata beliau lagi.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .