Ikuti Blog ini

Dua Naib Presiden mahu Husam, Mohd Sabu dilantik dalam Dewan Harian PAS Pusat

mengarut

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS yang baru, Dato' Mahfuz Omar mencadangkan agar Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu diberikan jawatan yang penting dalam Dewan Harian PAS Pusat, lapor IRWAN MUHAMMAD ZAIN.

Beliau menegaskan kedua-dua pemimpin tersebut merupakan aset penting dalam PAS dan tidak seharusnya ia dipersia-siakan. Jika kedua-duanya tidak diberikan jawatan-jawatan penting ia pastinya akan merugikan parti, jelas beliau.

"Saya mencadangkan agar Dato' Husam dan Mohamad Sabu diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian. Mereka berdua merupakan aset penting kepada parti dan ia merugikan jika kita tidak melantik keduanya memegang apa-apa jawatan penting," tegas Mahfuz.

Mahfuz juga menjelaskan, kedua tokoh tersebut merupakan 'public figure' yang mampu menarik sokongan terhadap PAS. Kedua-dua tokoh tersebut juga tegas beliau, mampu mengukuhkan kepimpinan PAS jika diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian.

Mengulas perkara yang sama, seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayub turut sependapat dengan Mahfuz yang mahukan kedua tokoh penting PAS itu diberikan jawatan dalam parti.

Salahuddin menegaskan, beliau akan berusaha memastikan Husam dan Mohamad Sabu diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian PAS Pusat.

"Kedua tokoh tersebut masih sangat-sangat diperlukan oleh PAS, jadi perlu keduanya dilantik jawatan penting dalam Dewan Harian. Andai kita membiarkan keduanya tanpa jawatan ibarat membiarkan kilauan permata malap kerana tidak tahu menjaganya," tegas Salahuddin.

Beliau juga menegaskan kedua tokoh penting itu mampu mengukuhkan kepimpinan PAS untuk menguatkan lagi Pakatan Rakyat dan memastikan kemenangan dalam Pilihan raya Umum ke-13 akan datang.

Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu sebelum ini merupakan Naib Presiden PAS. Mereka tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-55 yang lalu ditangan penyandangnya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .