Ikuti Blog ini

Mursyidul Am Arah Semua Pimpinan PAS Ke Manek Urai

mengarut

Polemik Kerajaan Perpaduan Tamat - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkan semua pimpinan PAS khususnya pimpinan pusat turun ke pilihanraya kecil Manek Urai terutamanya pada hari penamaan calon.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita6/mesranikaziznasha.jpg"Pada hari penamaan calon, InsyaAllah, semua pimpinan PAS Pusat akan hadir bersama di (pilihanraya kecil) Manek Urai,"katanya mengakhiri sidang media di pejabat Agung PAS semalam.

Dengan kenyataan pemimpin spiritual PAS itu tamatlah desas-desus yang dikatakan melarang pimpinan PAS penyokong isu kerajaan perpaduan turun berkempen dalam pilihanraya kecil tersebut dan turut menenangkan kegelisahan yang dirasai oleh semua ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat menghadapi ketegangan isu kerajaan perpaduan.

Dalam sidang media yang sama, sebelum itu, beliau telah menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berhubung idea kerajaan perpaduan.


Beliau berkata, malah pimpinan PAS yang bermesyuarat hari ini bersetuju sebulat suara untuk memberhentikan serta merta polemik kerajaan perpaduan.


"Oleh yang demikian saya selaku Mursyidul Am PAS menarik segala kenyataan saya terhadap YB Nasharudin dan dengan itu ianya tidak berbangkit lagi.


"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa polemik kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang diputuskan oleh Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di Parlimen yang menolak idea kerajaan perpaduan," katanya


Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS juga bersetuju untuk melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politIk murahan Umno.


"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu untuk terus memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulatkan Islam di persada tanahair," katanya membacakan kenyataan dihadapan kesemua pimpinan tertinggi PAS yang turut hadir..


Sehubungan itu, Nasharudin yang ditemui selepas sidang media itu berkata hubungan antara beliau dan Nik Aziz tidak mempunyai masalah.


"Hubungan kami baik dan segalanya sudah selesai...itu sahaja, tiada lagi komen," katanya ringkas. Klik Untuk Dengar Kenyata Tuan Guru Dato' Mursyidul Am PAS di Buletin Online Radio







Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .