Ikuti Blog ini

Permohonan Maaf YB Nozula, Kisahnya..

notis perintah page 3 of 3 003

Akhirnya terungkai juga satu episod setelah hampir dua tahun. Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan BN – Paloh hari ini memohon maaf secara terbuka kepada Haji Husam Musa.


Bertempat di lobby ADUN di Dewan Negeri Kelantan pada November 22, 2007, YB Nozula Mat Diah telah memanggil satu sidang media dan membacakan tuduhan-tuduhan rasuah terhadap Haji Husam sambil menunjuk beberapa bungkusan bahan bukti yang kebanyakkannya adalah print-out daripada blog Mohd Sayuti Omar.


Setelah sidang media tersebut, YB Nozula dan lebih sedozen ADUN BN Kelantan telah berarak bersama kontijen media ke Pejabat Badan Pencegah Rasuah (sekarang SPRM) Kelantan lalu membuat satu laporan rasuah ke atas Haji Husam dan Kerajaan Negeri Kelantan.

image6

Haji Husam mendiamkan diri. Tuan Guru Nik Aziz pula memberi arahan supaya semua akses kepada dokumen Kerajaan Negeri di beri 24 jam sehari kepada BPR. Ahli-ahli politik dan pemimpin PAS semuanya bersetuju memberi kerjasama penuh. Syarikat-syarikat yang mendapat tender, kontrak dan permit balak juga diharapkan dapat berbuat perkara yang sama.


Pejabat mereka yang baik dan rapat dengan Haji Husam diselongkar. Dokumen-dokumen berkaitan dengan Haji Husam dalam apa bentuk sekalipun diimbas dengan amat berhati-hati. Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Air Kelantan juga tidak terkecuali.


Akhirnya, BPR menemui dari rekod Air Kelantan bahawa Haji Husam telah didapati belum melunaskan tunggakan bil air sejumlah lebih kurang RM200.00. Kakitangan terbabit ditekan dan disoal siasat bagi mewujudkan kes salah guna kuasa terhadap Haji Husam. Setelah tuduhan yang besar-besar didapati fitnah semata-mata, maka usaha diambil untuk mendakwa Haji Husam kerana terlewat melunaskan tunggakan bil air sebanyak lebih kurang RM200.00.


Husam dalam satu temubual media, menceritakan bagaimana dia menitiskan airmata bila melihat keadaan rumahnya dengan dokumen-dokumennya berselerak diselongkar semata-mata kerana terlewat membayar tunggakan bil air.


Akhirnya, BPR menutup kes setelah mendapati tiada satupun pertuduhan tersebut berasas. Husam menjelaskan tunggakan bil air tersebut dan para sahabat yakin, beliau kini insaf dan bertaubat untuk tidak melupakan tanggungjawabnya membayar bil utiliti.


Namun kegagalan BPR untuk menemui sebarang bukti yang setidak-tidaknya dapat memulakan pertuduhan ke atas Husam tidak meredakan keadaan. Bahkan media-massa langsung tidak mahu membantu menghebahkan secara adil bahawa Husam telah dibersihkan oleh BPR. Maka dengan itu, Husam memulakan tindakan menyaman YB Nozula Mat Diah dan beberapa akhbar.


Semalam, pihak YB Nozula telah tiada upaya melainkan membuat permohonan maaf seperti yang dituntut oleh peguam yang mewakili Haji Husam bagi mengelakkan kes itu dibicarakan. Mengelakkan kes itu dibicarakan tentu sekali melegakan banyak pihak terutama blogger yang segala tulisannya menjadi punca Nozula terperangkap.

DUN0033Kelantan

Namun begitu, difahamkan Nozula juga adalah mangsa. Nozula ditekan oleh Annuar Musa yang ketika itu Ketua Pembangkang untuk menjadi hero setelah Nozula digantung dari menyertai Persidangan Dewan Negeri sehari sebelum itu kerana menendang ADUN PAS. Annuar Musa pula telah bertemu dengan seorang blogger sehari dua sebelum itu untuk mendapatkan pertuduhan-pertuduhan terhadap Husam.


Setidak-tidaknya, itulah yang dimaklumkan kepada pihak Haji Husam.

DUN0036Kelantan

Sementara itu, Hari ini Blogger Mohd Sayuti Omar telah respons terhadap jolokan pendedahan smsnya kepada Husam dengan mendedahkan beberapa sms Husam terhadapnya.


Sms-sms Husam kepada Sayuti itu adalah seperti berikut,


  • “Penulis bisa kadang kala ingat tuhan tidak ada. Boleh tulis ikut sedap. Kerana dunia sanggup godam duit rakyat. Insyallah mana yang mahal dan rugikan rakyat kita tolak w pun tak disenangi. Nilai perjuangan bukan boleh dibeli dengan ugutan. Ya Allah bantulah hamba Mu mengatasi orang yang zalim walau siapa dia."

  • Bismilah. Insyallah ambo takkan tunduk pada perasugut demo nak komisyen dgn cara hina. Ambo hanya mampu berdoa atas segala aniaya demo. Allah tetap akan penuhi janji bila tiba masanya.”

  • “Teruskan kemuliaan demo. Tuhan tak dok saja.”

  • “Demo kutip cari makanlah dgn perasugut tu, manusia tak tahu. Demo mulia. Ambo tak tahu hal demo. Ada menteri mana demo boleh peraugut, buatlah. Tuhan beri tangan boleh tulis lagi, loh la,”

Jelas kepada para pembaca kini, menerusi sms Husam yang didedahkan oleh Sayuti bahawa Husam menghantar sms itu kerana Husam telah diugut oleh Sayuti, lihat keratan sms Husam,

  • Nilai perjuangan bukan boleh dibeli dengan ugutan.
  • ambo takkan tunduk pada perasugut demo nak komisyen dgn cara hina.
  • Demo kutip cari makanlah dgn perasugut tu,

Kepada pembaca budiman saya bertanya, mengapa hendak Husam menghantar sms sedemikian jika dia tidak diugut?




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .