Ikuti Blog ini

Beg-beg Misteri di Bandar Kuala Krai !



http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/mungkinkah1.jpgKUALA KRAI – Satu gambar misteri penuh tanda Tanya telah diterima oleh Buletin Online lewat hari ini. Apakah agaknya isi beg yang sedang dipunggah dari sebuah kereta Proton Perdana itu?

Gambar ini dikatakan telah diambil di hadapan bangunan UMNO Kuala Krai pada jam 7.30 pagi, hari ini 6 Julai, 2009, sejurus selepasTimbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyidin Yassin serta para menteri kabinetnya tiba.

Sekiranya beg-beg tersebut adalah beg pakaian, mengapa ia agak berat, jika dilihat dari cara orang yang mengangkatnya.

Dan jika diperhatikan betul-betul, dalam bonet Proton Perdana tersebut juga mengandungi beg-beg yang hampir serupa dan sama saiznya!


Nota yang dihantar kepada Buletin Online ialah;

”Pada mulanya orang yang berbaju biru kelabu itu mahu menurunkan beg-beg tersebut. Mungkin ia beg pakaian Pak-Pak Menteri. Namun mengapa mahu diturunkan beg-beg Pak Menteri di bangunan UMNO, adakah Pak-pak Menteri mahu bermalam di bangunan UMNO Kuala Kerai.

”Sedangkan seorang polis trafik memaklumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri telah bertolak dari Kota Bharu, maka sudah pasti Pak-Pak Menteri lainnya turut menginap di Kota Bharu.

”Apabila sahaja ia (baju biru kelabu) mahu menurunkannya, beberapa orang disekelilingnya berkata…’biar dulu….biar dulu…’ lalu beg tersebut dimasukkan semula ke dalam bonet Proton Perdana.

Penghantar gambar serta nota itu juga menyoal “ kalau sekiranya ia adalah beg-beg pakaian, mengapa sampai 4 orang yang berada menjaga beg-beg pakaian itu ???....

Jadi, kalau bukan beg pakaian, itu beg apa ??

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/mungkinkah.jpg




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .