Ikuti Blog ini

Manek Urai : Dibogel atau Terbogel ?



PRK Manek Urai boleh saya katakan sebagai satu kes yang unik. Unik dan berbeza dengan beberapa kawasan PRK yang dilalui sebelum ini terutamanya dari segi komposisi kaum.

Dengan 99.2% pengundi Melayu (hampir monogen), isu perkauman dan agama dilihat sukar untuk mengambil hati para pengundi, melainkan isu peribadi digunakan pihak-pihak yang bertanding untuk dibangkitkan / dihangatkan untuk memancing undi.

Biarpun sehingga kini strategi kempen berbentuk serangan peribadi melibatkan calon-calon yang bertanding belum begitu ketara, tetapi di laman-laman blog pro-PR nampaknya telah ada "kisah-kisah lama" yang mula dibongkar - baca di sini (saya suruh baca saja, bukan suruh percaya! - ada beza tu).

Saya melihat tindakan menyerang peribadi lebih memihak kepada pro-PR memandangkan calon PAS Mohd Fauzi, setakat yang diketahui tidak terbabit dengan pengurniaan "kontrak", "tender" mahupun mengetuai "urusniaga" membekal dan memborong ikan secara besar-besaran bagi agensi kerajaan dan sebagainya.

Sebaliknya bagi calon UMNO, Tuan Aziz yang begitu berpengalaman di dalam kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan di KESEDAR, mungkin secara sedar atau tidak, beliau juga turut dilibatkan dengan urusan meluluskan kontrak, tender dan urusniaga bagi kepentingan agensinya. Apapun, selagi seseorang itu profesional dan amanah di dalam tugasnya, tiada apa-apa yang perlu dibimbangi oleh Tuan Aziz di dalam hal ini.

Jika serangan peribadi tidak begitu memihak kepada UMNO/BN dalam situasi di Manek Urai, makanya opsyen kedua boleh digunapakai - "BN kena guna psikologi di Manek Urai" (Prof Dr Ahmad Atory Hussein) (sumber). Tambah Ahmad Atory lagi, bagi membolehkan strategi secara psikologi digerakkan secara berkesan, "mereka-mereka" yang menjadi liabiliti (bangkai bernyawa) kepada parti juga tidak perlu dikerah turun berkempen.

Dan untuk penulisan kali ini, saya cuba untuk mengupas dan membuat analisa bagaimana UMNO, mahupun PAS masing-masing mempunyai peluang di Manek Urai, dengan cara yang saya rasa mudah dan ringkas, agar para pembaca akan dapat faham dan menangkap maksud yang ingin saya sampaikan.

Penulisan ini juga tidak memberikan/merumuskan satu jawapan atau ramalan tentang pihak mana yang bakal memenangi PRK tersebut. Cukuplah ia sekadar mendedahkan kepada para pembaca tentang bagaimana orang bawahan yang cetek ilmu seperti saya melihat sesuatu "proses politik" itu harus berlaku.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .