LOYAR BURUK DENGAN KES 140,000 RINGGIT
Mengikut Ragunath Kasavan President Majlis Peguam Rohaizat Othman yang menjadi calon BN bukanlah seorang peguam. Rohaizat telah dinafikan haknya untuk menjadi peguam kerana ada kes penyelewangan 140,000 ringgit.
Duit 140,000 ringgit ini adalah duit Koperasi Pekebun Getah.
Kesalahan ini jatuh dalam Bahagian 103D Akta Guaman 1976 tentang salah laku dan tindak tanduk peguam.
Hak Rohaizat untuk menjalankan kerja guman telah dibatalkan semenjak 7 March 2008.
Rohaizat telah merayu ke atas keputusan Majlis Peguam di Mahkamah Tinggi pada 12 Ogos lalu. Rayuan Rihaizat telah ditolak.
Menurut Presiden Majlis Peguam – tuduhan salah dari Koperasi Pekebun Getah ini ditujukan kepada Rohaizat dan bukan kepada rakan dari syarikat guaman mereka.
Menurut Ragunath duit 140,000 ringgit ini lesap. Tidak ada rekod wang ini dipulangkan kembali kepada tuan empunya. Kalau pun telah dibayar kembali kesalahan jenayah telah dilakukan terhadap anak guaman.
RUPA RUPA NYA ADA KES SONGLAP
PILIH PUNYA PILIH TERPILIH LOYAR BURUK…
INI BETUL BETUL KES LOYAR BURUK….
MACAM MANA NAK JADI PEMIMPIN….
Nota:
Fakta ini tidak akan dilaporkan
oleh media Melayu arus perdana.
Media melayu arus perdana hanya
ingin membodohkan orang melayu.