Kezaliman kerajaan 1Malaysia memuncak apabila terus bermusuh dan menzalimi rakyat dengan menyembur gas pemedih mata, air kimia dan menahan rakyat melalui budak suruhan mereka iaitu Polis.
Rakyat yang hanya mahu berhimpun secara aman tidak melakukan sebarang perancangan untuk merusuh dan merosakkan harta benda awam serta melakukan kekacauan disembur dengan gas pemedih mata, air kimia dan ditangkap tanpa belas kasihan.
Beratus-ratus rakyat dilaporkan ditahan tanpa sebab.
Sekali lagi menegaskan, saya tidak rela dan tidak redha walau satu sen pun duit saya dan duit rakyat digunakan untuk membeli gas dan air kimia untuk disembur kepada rakyat.
Insya Allah kami rakyat Malaysia akan menuntut keadilan dan hak kami di Hari Kiamat nanti.