Ikuti Blog ini

’Bersama Kehendak Rakyat’ Membuat Perubahan di Bagan Pinang

TELUK KEMANG - Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata Tema pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang adalah ”Bersama Kehendak Rakyat”.

http://www.buletinonline.net/images/stories/banner/pelancaranjenteraterengganu1.JPGMenurutnya, keperluan dan kehendak rakyat tidak wujud dalam DUN Bagan Pinang walaupun negara telah mencapai kemerdekaan selama 52 tahun.

Sebaliknya kata beliau, suasana kemiskinan, pengangguran, ketiadaan peluang pekerjaan dan pemimpin yang rasuah bukanlah kehendak yang diperlukan oleh rakyat.

”Keperluan yang ada di Portdickson di Teluk Kemang dan Bagan Pinang keperluan rakyat tidak tertunai,


”kehidupan rakyat miskin dan masih ramai yang terima bantuan kebajikan, pekerjaan tidak ada, jenayah ramai, pemimpin tidak boleh diharap kerana rasuah,”jelasnya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Jntera Pilihanraya PAS Trengganu di Bagan Pinang di sini semalam (28 September).

Oleh itu, katanya, rakyat Bagan Pinang mesti bersama kehendak rakyat diseluruh negara, membuat perubahan sebagaimana rakyat di negeri lain.

Beliau turut berkata, undi pos memang menjadi masalah kepada pilihanraya kerana ia dilihat tidak telus dan menguntungkan parti pemerintah.

Justeru satu perjumpaan diadakan diantara wakil-wakil Pakatan Rakyat dengan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bagi menuntut kepada pengurusan pengundi pos dengan lebih telus dan adil.

”Kita nak pastikan dengan SPR supaya askar yang ada sahaja boleh mengundi, dan kita nak jaga peti undi (dari proses pengundian) samapai di buka,

”dan kita nak minta jadi saksi pengundian itu tak semestinya pegawai, mana –mana boleh jadi saksi,”terangnya.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .