
DSAI telah memilih Parit Sulong, Batu Pahat. Lebih 3000 rakyat berbilang bangsa telah hadir bagi mendengar ceramah beliau. Banyak isu telah diketengahkan, antaranya ialah cara Kerajaan BN yang dilihat hanya mementingkan kaum kerabat mereka semata-mata dalam mengagih kekayaan negara, tetapi istilah 'Melayu Bumiputera' digunakan bagi mengaburi mata rakyat.
DSAI menceritakan mengenai Ahli falsafah terkemuka yang bernama Ronggo Wisoto yang dilihat telah lama membayangkan:
zaman akan datang yang penuh dengan kegilaan sehinggakan rakyat yang miskin akan lagi bertambah miskin dan terpinggir. Perompakan harta rakyat dan penindasan hak adalah sesuatu yang bukan rahsia lagi, bahkan ianya dilakukan secara terang-terangan oleh pemerintah dan kroni-kroni mereka. Yang hak dikatakan batil, perasuah pula diangkat, tapi orang yang baik dihumban ke penjara. Yang zalim dipuja, yang menegakkan keadilan dihina, orang yang merompak kekayaan negera dianggap pejuang, orang yang membela nasib rakyat dianggap pengkhianat terutamanya yang tertindas dan miskin. Semuanya ini memang sepadan dengan kerajaan BN.

Dengan itu, DSAI mahu rakyat melihat segala kebejatan yang telah dilakukan oleh kerajaan BN dengan rasa insaf dan membulat tekad menuntut perubahan sepertimana yang dituntut oleh agama dan bicara akal waras.