Ikuti Blog ini

SPR putuskan tidak ada kekosongan di Kota Seputeh

KUALA LUMPUR, 1 Sept: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memutuskan tidak ada kekosongan di Dun Kota Seputeh, Kedah walaupun Speaker Dun Kedah memohon pilihan raya diadakan di kawasan itu.Speaker Dun Kedah, menghantar surat kepada SPR memaklumkan kekosongan di kerusi itu berikutan kegagalan Adunnya menghadiri dua kali sidang Dun secara berturut-turut.

Mengikut peraturan dalam Dun Kedah, mana-mana Adun yang gagal menghadiri sidang Dun dua sessi berturut-turut tanpa kebenaran dari Speaker akan hilang kerusinya.

Dalam ulasan spontannya, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, keputusan ini membayangkan sikap sebenar badan yang dikatakan bebas itu.

"Peraturan ini bukannya baru dan dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tetapi peraturan yang telah sedia ada. Nampaknya SPR lebih senang menafikan peraturan ini," kata Salahudin.

Bagaimanapun, Salahudin tidak terkejut dengan keputusan ini kerana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin telah membayangkan tindakan yang perlu diambil oleh SPR sebelum ini.

Tetapi sepertimana yang rakyat 1Malaysia tahu, UMNO BN adalah di dalam keadaan yang tidak bersedia untuk menghadapi sebarang ppilihanraya kecil lagi setelah tewas sebanyak tujuh kali di tangan Pakatan Rakyat.

Sementara itu, banyak pihak membidas tindakan SPR yang disifatkan sebagai menjadi agen kepada parti UMNO/BN.

"Sekalipun mungkin mereka merujuk kepada Peguam Negara, namun yang nyata keputusan mereka ternyata tidak mematuhi undang-undang tetapi lebih kepada cuba untuk menyelamatkan kerusi itu dari dirampas oleh Pakatan Rakyat," kata seorang pemimpin PR.

"Datuk Aziz boleh keluarkan apa juga alasan, tetapi penipuan sepertimana yang berlaku semasa isu DUN Behrang dan Changkat Jering dimana SPR memperakui surat yang diterima dari ADUN-ADUN berkenaan untuk menghalang kekosongan kerusi berkenaan jelas menunjukkan SPR hanyalah kuda tunggangan UMNO-BN," tambahnya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .