Walaupun pada hari ini, begitu banyak rumah terbuka diadakan namun ini tidak menjejaskan orang ramai setempat hadir ke majlis tersebut.
Malah, terdapat beberapa keluarga keturunan India telah hadir ke majlis ini walaupun hari tersebut adalah hari kedua bagi kaum India menyambut perayaan Deepavali. Sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan masyarakat sekitar Puchong telah memberikan gambaran bahawa Pakatan Rakyat semakin diterima oleh segenap lapisan masyarakat.
Pelbagai juadah istimewa telah dihidangkan untuk para tetamu. Antaranya satay, lemang dan rendang, nasi impit, lontong, bihun dan pelbagai lagi hidangan telah disajikan kepada para tetamu yang hadir.
Semoga majlis tersebut telah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita dan meleraikan segala kekusutan yang selama ini mungkin sukar diluputkan tetapi berkat bulan Syawal yang mulia ia dapat selesaikan dengan cara yang maaruf.