KUALA LUMPUR : PAS Perak akan menganjurkan Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) yang dijangka akan mengumpulkan 10,000 pemusa PAS seluruh negeri Perak.
Antara program yang akan diisi pada hari tersebut adalah pidato perdana daripada pimpinan PAS Pusat seperti YB Salahuddin Ayub, Dato' Mahfuz Omar, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi serta beberapa pemimpin pemuda PAS Pusat dan negeri.
Antara lainnya yang bakal diadakan ialah karnival jualan dan pameran, daftar pemilih SPR dan ahli PAS, persembahan seni mempertahankan diri seperti silat dan tomoi, nasyid kotemporari, pameran paintball dan BMX dan banyak lagi.
Program ini turut diserikan lagi dengan persembahan artis Mel bekas penyanyi kumpulan Wings.
Seluruh pemuda PAS Perak akan berikrar pada hari tersebut untuk menjadi petugas pilihanraya yang terbaik. Peserta juga disarankan memakai baju hijau agar gelombang jentera pilihanraya dapat diwujudkan.
Program pada 31 Januari tersebut akan diadakan di Darul Ta'lim, Larut dan program ini akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
IPOH, 21 Jan: Satu Himpunan 10 ribu Pemuda PAS Perak (HEMPAP) akan diadakan pada 31 Januari ini sebagai persiapan dewan itu menggerakkan jentera mereka berdepan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak pada bila-bila masa.
Pemangku Ketua Pemuda Pas Perak, Nur Amin berkata selain bagi menyatakan kesediaan dewan itu berdepan Pilihan Raya Negeri, ianya juga sebagai bukti jentera pemuda Pas negeri itu bersedia berdepan Umno Barisan Nasional.
"Program julung kali ini diadakan bagi menyatakan kesediaan Pemuda PAS Perak terhadap Pembubaran Dun Perak pada bila-bila masa.
"Kita yakin dengan program tersebut, pemuda PAS bersedia berdepan Umno BN dalam pilihanraya ini," katanya di pejabat Pemuda PAS negeri hari ini.
Program sehari tersebut akan berlangsung di Darul Taklim Kubu Gajah, di Selama, Larut dan akan dirasmikan Pesuruhjaya PAS negeri Ustaz Abu Bakar Hussin.
Turut akan dilancarkan pada program tersebut adalah baju khas jentera pilihanraya Perak oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan.
Antara pimpinan yang akan memberi ucapan pula termasuk Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan dua Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.
Antara menarik pada program berkenaan termasuk persembahan nasyid, pertunjukan pentas, gerai pameran dan jualan serta program derma darah.
"Ayuh pemuda bersama kami gerakkan kawan, sahabat dan rakan anda untuk hadir demi menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS cintakan demokrasi.
"Kita minta hadir bersama dengan memakai baju berwarna hijau sebagai simbolik kepada PAS yang kita dokongi ini," katanya.