Ikuti Blog ini
Kisah kemalangan - DS Nizar menulis ! ,Rabu, Januari 13, 2010 at 13.1.10,
Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah SWT yg melindungi saya dan seisi keluarga sepenuhnya dalam satu musibah kemalangan jalan raya pada 7 Jan 2010(khamis) , jam 9.20 pagi. Ianya berlaku sewaktu dalam perjalan ke klinik pergigian di Silibin apabila tiba-tiba sebuah kereta masuk trus kelorong laju dari persimpangan jalan Seruan yg mana saya terpaksa mengelak dari melanggarnya secara direct kerana ketika itu saya sedang memandu agak laju.
Alhamdulillah, kereta Volvo yg dielak itu hanya tergesel dibahagian hadapan kanan tetapi kereta Camry yg saya pandu terpaksa naik dan melanggar pembahagi jalan di tengah dan trus tercampak dan terbalik 4 roda keatas di pembahagi jalan tersebut.
Dengan izin Alah SWT saya sedar dan merangkak keluar dengan selamat. Saya trus menalipon doktor gigi menyatakan tidak bolih hadir serta anak lelaki saya, sementara pemandu Volvo tersebut, Doktor Nurul Huda menghampiri saya bertanya khabar, saya cuma mengalami cedera ringan di siku kanan dan sedikit pendarahan di pipi kanan.
Sekonyong seorang pemuda menaiki Satria merah berhenti (mungkin kenal saya atau kereta saya) dan terus bertanya sama ada saya mahu di bawa ke hospital atau klinik pakar. Saya minta dibawa ke hospital Permaisuri Bainun dan kami terus menaiki keretanya yg terlihat saya anak kecilnya sedang berbaring dibelakang. Dalam perjalanan saya sempat bertanya asalnya dan tempat tinggal serta berkerja dimana.
Saya juga sempat menalipon sdr Amran dan petugas. Sampai di hospital jam 9.30 pagi saya terus ke unit kemalangan dan kecemasan untuk menerima rawatan dan terus dimasukan ke wad 8 Teratai.
Saya berada selama 4 hari di wad tersebut dan menerima rawatan sepenuhnya dari doktor, jururawat, matron dan kesemua petugas hospital. Ramai pelawat dan pengunjung juga hadir termasuk sanak saudara jauh dan dekat.