Ikuti Blog ini

SUASANA CERAMAH USTAZ AKHIL HAYY DI TELUK INTAN


TELUK INTAN -PAS Kawasan Teluk Intan telah mengadakan majlis ceramah dengan menjemput Ustaz Akhil Hayy sebagai penceramah utama pada malam itu. Ceramah telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak. Turut menyampaikan ceramah ialah ADUN Changkat Jong YB Haji Mohd. Anuar Sudin dan Haji Mohd. Azhar Rafaie, Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Perak merangkap Pengarah Pilihanraya PAS Teluk Intan. Ceramah telah dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan Teluk Intan, Sdr. Mohamad Hamzah.

Dengan cuaca yang agak baik pada malam itu, telah menarik orang ramai hadir memenuhi segenap ruang di pekarangan markaz. Seawal jam 9.00 malam, orang ramai telah mulai datang ke markaz kawasan di mana antara yang awal datang adalah dalam kalangan kaum wanita.


Ketua Penerangan Kawasan Sdr. Mohamad Hamzah berjaya mengendalikan ceramah dengan baik.



Haji Azhar menarik perhatian dengan penjelasan isu-isu semasa.

Ceramah tersebut juga telah berjaya menarik golongan muda hadir untuk mendengar ceramah. Malah banyak juga kelihatan yang hadir bersama-sama keluarga masing-masing. Mereka sanggup membentang tikar dan duduk mendengar ceramah berserta anak isteri masing-masing.


Kehadiran ADUN Changkat Jong membuktikan bahawa beliau prihatin dengan golongan muda. Inilah yang dikatakan.....orang muda geng kita..!

Mungkin daya tarikannya ialah kerinduan untuk mendengar ceramah penceramah utama iaitu Ustaz Akhil Hayy agak lama juga tidak datang di sekitar Teluk Intan. Bertambah meriah lagi dengan kehadiran gerai-gerai menjual makanan, buku dan barangan.


Dah lama tidak dengar ceramah beliau.


Dua orang sahabat lama bertemu jua.


Tua dan muda, muslimin dan muslimat sama-sama hadir mendengar ceramah.

Dengan corak dan rentak ceramah yang santai menyebabkan orang ramai sanggup menunggu dengan setia ceramah Ustaz Akhil walaupun ceramah ditamatkan pada jam 12.20 pagi. Kehadiran begitu ramai remaja dan wanita dalam pelbagai peringkat umur menunjukkan bahawa ceramah Ustaz Akhil masih lagi diterima walaupun beliau baru sahaja dilanda masalah peribadi.


Kaum muslimat ramai yang hadir. Mungkin nak dengar penjelasan Ustaz Akhil...


Kawasan markaz penuh sesak...


Ustaz Akhil mengalunkan selawat nabi.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .