Ikuti Blog ini

Ahmad Said Lancar Kenderaan Yang Telah Dilupuskan Sebagai Kaunter Bergerak

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/IMG_3106.JPGChukai, KEMAMAN - Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said sempena lawatannya ke Majlis Perbandaran kemaman semalam telah melancarkan sebuah kaunter bergerak bagi Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).

Tujuan kaunter bergerak itu adalah untuk memudahkan MPK mengutip hasil dari orang ramai secara ‘mobile’ dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

Malangnya, kenderaan yang dilancarkan sebagai kaunter bergerak itu adalah sebuah kenderaan yang ‘sudah tidak layak untuk bergerak’.

Bas jenis Optare Pekan Rider dengan bernombor pendaftaran TT7474 yang diperolehi oleh Majlis Daerah Kemaman pada 2 November, 1995 adalah sebuah kenderaan yang telah dilupuskan.

Pelupusan bas mini tersebut telah dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara Negeri Terengganu bagi Tahun 2008.

Dalam mukasurat 56 Laporan tersebut menyebut sebagaimana lampiran dibawah;

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .