Ikuti Blog ini

Ceramah Perdana Pakatan Rakyat meriah












Ayer Tawar :Malam tadi bertempat di Dewan Cina Kutien Ayer Tawar telah diadakan sambutan Perdana 1 Tahun Rampasan Kuasa Negeri Perak( KUDETA ). Ia dihadiri oleh 3 Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat iaitu Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin, Dato Seri Anwar Ibrahim dan YB Lim Kit Siang.Turut sama dalam program ini ialah adun-adun Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Penceramah undangan Khas Dato seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya menyeru semua rakyat Perak agar bersatu dalam melawan kezaliman UBN dan menuntut semula agar Hak mereka dikembalikan. Beliau juga menyatakan bahawa 9 haribulan ini insyaallah kemenangan akan memihak kepada Pakatan Rakyat dan sekaligus tampuk pemerintahan ini akan kembali semula kepada pakatan rakyat yang mana ia telah dipilih oleh Rakyat.

Lim Kit Siang juga telah mengulangi perkara yang sama yang mana beliau menyifatkan bahawa kemenangan yang bakal dikecapi nanti merupakan kemenangan rakyat dan Kerajaan yang akan dibentuk semula merupakan Kerajaan pilihan Rakyat.

Dianggarkan seramai 5000 orang telah memenuhi segenap ruang di Dewan tersebut.

Satu Dewan pelbagai warna- Satu Malaysia sebenar!


LKS sedang berucap


Pasukan Unit Amal menjalankan tugas dengan baik


Hancur! Hancur! Hancur BN!
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .