Kemalangan tesebut berlaku kira-kra jam 4.30 petang tadi, kenderaan beliau bertembung dengan sebuah lori yang tiba-tiba keluar dari persimpangan. Sebelah kiri kenderaan beliau mengalami kerosakan teruk. Alhamdulillah, beliau bersama pemandunya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
YB Khalil telah menghubungi saya kira-kira 10 minit tadi untuk memaklumkan kemalangan yang berlaku dan meminta saya mengantikan tempat beliau ceramah malam ini di Air Kuning. Beliau sekarang besama YB Zainuddin yang bergegas ke tempat kejadian setelah diberitahu berada di IPD Kuala Kangsar untuk membuat laporan polis.
Beliau bersama pemandunya dalam perjalanan menuju ke Tapah bagi menghadiri program jamuan teh petang ini bersama rakyat dan ceramah perdana di Air Kuning, Tapah malam ini.
Posted by MisbahulMunir