Ikuti Blog ini

Markas Taman Melewar bakal jadi Kolej Universiti

Bernama melaporkan
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Tapak markas tarbiyyah PAS di Taman Melewar, Gombak akan dibangunkan semula sebagai institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus bagi memenuhi keperluan industri negara, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub.

Beliau berkata penubuhan "Kolej Universiti Prof Dr Zulkifli Mohamad" itu mendapat persetujuan PAS pusat dan boleh membuat pengambilan pertama pelajar pada pertengahan tahun ini selepas kurikulumnya diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Pembinaan institut itu menelan belanja hampir RM2 juta dan ditampung oleh wang sumbangan orang ramai dan dermawan, katanya ketika melawat tapak kolej universiti itu yang sedang giat dibina, Khamis.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad berkata Majlis Pendidikan PAS Pusat kini dalam proses mengemas kini kurikulum institut itu.

"Kita mahukan kursus-kursus yang ditawarkan adalah lebih menjurus kepada kursus-kursus keperluan industri dan bukannya kursus tradisi. Mengenai kelayakan, jika kursus kita menepati syarat-syarat saya rasa tiada masalah," katanya. - bernama

Harap-harap dengan adanya Kolej Universiti milik Pas, ahli dan pimpinan peringkat akar umbi akan dapat manfaat secara langsung.

Mungkin boleh difikirkan kursus-kursus jangka pendek hujung minggu yang terbuka untuk ahli dan pimpinan peringkat akar umbi. Lebih penting lagi kursus-kursus tu dengan modul-modul menarik seperti contohnya modul berkenaan sepak terajang berpolitik dan berorganisasi.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .