Ikuti Blog ini
Lawatan BPPNP ke penempatan pengundi import Sungai Miang ,Isnin, Februari 15, 2010 at 15.2.10,
Giliran mesyuarat bulanan Dewan Harian BPPNP Selasa lalu diadakan di Pekan Bandar Di-Raja, dan kami didedahkan dengan beberapa perkara baru.
Kami dibawa melawat ke rumah panjang tidak jauh dari Kampung Sungai Miang, iaitu dikatakan penempatan ‘pengundi import’ untuk Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak, iaitu mereka yang dibawa dari Langkawi, Kedah 7 tahun lalu.
Ketika itu Najib memenangi kerusi Parlimen Pekan hanya dengan kelebihan 241 undi.
Rombongan kami disambut dengan baik, namun ada yg masih takut-takut, tak kurang juga yang melahirkan rasa tak senang. Rata-rata mereka adalah orang Kedah. Dibawa masuk ke Pekan secara berperingkat.
Setiap seorang mendapat tapak rumah suku ekar dan tanah untuk bercucuk tanah sebanyak 1 ekar Pada peringkat awal mereka mengusahakan padi, namun keadaan tanah yang tak sesuai menyebabkan sekarang ini nenas menjadi tanaman utama. Kami melihat ladang nenas seluas saujana mata memandang.
Selepas melawat rumah panjang, kami dibawa melalui jalan tanah merah sejauh 3 kilometer. jalannya berlubang lubang, kereta yang rendah pasti sangkut. Mujurlah bukan musim hujan. Bukan main terkejut kami, ‘pengundi import’ itu kini sudah memiliki banglo.
Apa yang kami dapat katakan sambil menggeleng kepala, ruginya jadi warga Pekan. Orang Pekan hanya sekadar dapat RM200 ke RM300, orang luar dapat tanah dan dapat banglo!