Ikuti Blog ini

Mampukah Zambry menyambut tangan kerjasama Nizar yang dihulurkan ?



Ipoh : Nizar menyatakan kesanggupannya untuk menghulurkan tangan kerjasama demi rakyat negeri Perak.

Demikian kenyataan Nizar dalam satu sidang akhbar lewat malam tadi selepas mengadakan mesyuarat dengan lain-lain pemimpin kanan gabungan Pakatan Rakyat di pejabat Perhubungan negeri.

“Tetapi Zambry perlu membuktikan keikhlasannya untuk menerima huluran tangan kerjasama tersebut,” jelas Nizar.

Nizar menggesa Zambry supaya tidak menghalang penggunaan dewan-dewan orang ramai kepada rakyat dan memberikan peruntukan kepada setiap ADUN Pakatan Rakyat supaya mereka dapat meneruskan khidmat kebajikan kepada rakyat tanpa batasan perkauman dan fahaman politik.

Nizar juga mahukan Pakatan Rakyat diberikan ruang untuk turut serta dalam Jawatankuasa Tindakan Dewan Negeri.

Pakatan Rakyat Perak telah mengadakan mensyuarat khas jam 8.00 malam tadi dan mengadakan sidang akhbar seusai mesyuarat tersebut pada jam 10.00 malam.

Datuk Seri Nizar turyt menyatakan rasa sedihnya diatas keputusan Mahkamah Persekutuan, yang memihak kepada UBN dan dianggap keputusan tersebut sebagai satu sejarah hitam, bukan sahaja bagi negeri Perak, malah bagi seluruh Malaysia.

5 panel hakim tersebut dilihat seolah-olah menyokong kerajaan haram di Perak dengan hujah-hujah yang tidak konsisten berbanding dengan kes-kes yang hampir sama berlaku di Sabah.

Ditanya tentang kemungkinan beliau membuat rayuan ‘review’ terhadap penghakiman tersebut, Nizar menjawab beliau tidak berminat dan tidak mahu membuang masa dengannnya kerana urusannya sangat rumit.

“Pakatan Rakyat akan bertindak sebagai pembangkang yang kuat dan sihat dan akan meneruskan kerja-kerja sebagai Wakil Rakyat ,” katanya lagi.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .