Ikuti Blog ini
MAT SABU GEMPUR MENTERI PERTAHANAN DI BAGAN DATOH ,Sabtu, Februari 20, 2010 at 20.2.10,
Meriah malam tadi majlis bersama Mat Sabu tak terkira sekali. Kehadiran di luar jangka. Biasanya ceramah Mat Sabu dihadiri ramai pengunjung luar selain pengunjung tempatan. Uniknya malam tadi, kehadiran Mat Sabu di Rungkup dihadiri ramai penduduk tempatan. Orang ramai datang berjalan kaki, bermotosikal dan yang jauh sedikit berkereta.
Jarang-jarang sekali penduduk tempatan hadir begitu ramai dalam program ceramah seumpama itu. Ini menunjukkan orang ramai ingin tahu maklumat sebenar isu-isu semasa dari sumber lain yang lebih tepat dan benar. Selama ini, media arus perdana sering memutar belitkan isu-isu yang berkaitan dengan PAS dan Pakatan Rakyat.
Malam tadi kedua-dua penceramah iaitu Mat Sabu dan YB Chang Le Kang berjaya merungkai persoalan tersebut. Penjelasan dan pendedahan mereka dengan bahasa yang begitu mudah cukup mencuit dan memegunkan orang ramai. Jarang-jarang sekali mereka mendengar seorang Cina yang begitu faseh berbahasa Melayu malahan kemamampuan mengulas isu-isu yang berkaitan dengan Islam juga cukup menarik. Beberapa ungkapan dalam bahasa Arab, ayat Al Quran serta istilah-istilah yang biasa disebut oleh orang Islam cukup lancar disebut oleh YB Le Kang dengan menyakinkan.Ceramah Mat Sabu yang sememangnya penuh dengan humor dan celoteh yang mencuit hati tidak menganjakkan orang ramai sehinggalah Mat Sabu menamatkan ceramah tersebut. 2 jam lebih program ceramah rupanya masih tidak memuaskan orang ramai yang hadir. Mereka ingin tahu banyak lagi isu yang tidak sempat dikupas dan diulas.
Sebelum majlis ceramah dimulakan, orang ramai dijamu dengan jamuan meehun sop yang enak dan lazat. Bagi menjayakan program jamuan, orang ramai menderma pula setiap kupon dengan sumbangan RM 5.00. Semua yang hadir dengan rela hati dan ikhlas masing-masing menyumbang RM 5.Sebelah petangnya, Mat Sabu sempat bersantai sambil minum teh dengan ahli-ahli PAS dan pimpinan baru PAS Cawangan Pekan Bagan Datoh yang diadakan disebuah gerai berhampiran jeti Pekan Bagan Datoh.
Kehadiran Mat Sabu memberi satu semangat dan suntikan motivasi kepada pendokong-pendokong PAS di Pekan Bagan Datoh. Selama ini, Bagan Datoh menjadi kubu kuat UMNO, tetapi dengan kehadiran Mat Sabu, ia berjaya menyuntik semangat PAS Cawangan untuk berdepan dengan UMNO sekarang sehinggalah pilihanraya akan datang.
Misbahul Munir Masduki