Mereka muncul secara tiba-tiba seolah-olah mereka telah tahu lebih awal tentang apa yang akan berlaku ditempat tersebut.
Begitulah antara persoalan yang menjadi bahan perbualan masyarakat setempat yang berasa musykil diatas tindakan pantas polis dari Teluk Intan yang luar biasa , tiba di tempat kejadian itu walupun tiada sesiapa pun yang menghubungi pihak polis.
Mengapa pasukan polis dari Teluk Intan yang tiba dan bukan dari pasukan polis tempatan, Langkap?
Ketua Dewan Perhimpunan Penyokong PAS negeri Perak, Sdr Suria Narayanan (gambar) ketika ditemui dirumah mendiang Siva Phanthiyan, mangsa yang ditembak oleh dua orang yang tidak dikenali pada petang Isnin lalu, menyatakan rasa peliknya kerana menurut saksi-saksi yang berada pada tempat kejadian tersebut memberitahunya bahawa pihak polis dari Teluk Intan, tanpa dimaklumkan atau dihubungi, telah sampai ke lokasi kejadian tidak sampai 5 minit selepai kejadian berlaku.
“Kenapa polis dari Teluk Intan? ( bukan polis dari Langkap ) Apa sebenarnya berlaku disebalik kejadian tersebut . Dan pihak polis tidak mengadakan sekatan jalanraya dimana-mana yang sepatutnya bagi mengesan penjenayah tersebut,” katanya lagi.
Beliau berharap ahli-ahli parlimen pembangkang akan membawa perkara tersebut demi jaminan keselamatan orang ramai dimasa akan datang.
Beliau menegaskan, bahawa Menteri Keselamatan dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein perlu bertanggungjawab diatas kejadian tersebut.
Apabila isu tahap keselamatan orang awam ini dikemukan kepada Dr Mujahid(gambar), ahli Parlimen Parit Buntar, beliau turut bersetuju bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa tindakan ganas sedemikian. Beliau turut melahirkan rasa bimbang diatas perkembangan hal tersebut di akhir-akhir ini.
Beliau berjanji, bersama dengan rakan-rakannya yang lain akan cuba membawa perkara tersebut secara umum dalam perbahasan titah diraja dalam masa terdekat nanti.
Suria turut memaklumkan rasa dukacita dan sedih diatas pemergian Siva kerana mereka sentiasa bersama untuk kemana-mana program parti, samada ke tempat-tempat demonstrasi atau ceramah-ceramah di merata tempat.
Bagi Suria pemergian Siva diibaratkan satu kehilangan yang amat besar.Siva umpama salah satu tangan kepadanya; kehilangan Siva umpama dirinya kini telah kehilangan sebelah tangannya.
“Mungkin agak sukar bagi kita untuk mendapatkan seorang pengganti seperti Siva ini,” katanya dengan sedih./ end