Apabila orang Cina tidak lagi  takut dengan Islam, siapa yang takut?
Apabila  orang India sudah berani pakai baju 'PAS For All', 'Islam For All',  siapa yang paling takut? 
Apabila orang Cina seperti  Chang Ming Kai (ADUN Simpang Pulai) sudah pandai baca Quran siapa yang  takut? 
Sudah tentu jawapannya UMNO!!!IPOH 20 Mac - Ahli Majlis Pimpinan Pusat  KEADILAN Dr Badrulamin Badron berkata Umno dan Barisan Nasional yang  merencana dan melaksanakan konspirasi kali kedua terhadap Datuk Seri  Anwar Ibrahim kini digolongkan dikalangan kaum munafik dan fasik menurut  fatwa terbaru ulama tersohor Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.
Bercakap pada ceramah anjuran KEADILAN  Cabang Tambun di Kampung Manjoi Baru minggi lepas, beliau menegaskan  akibat daripada konspirasi pertama terhadap Anwar terjadinya perpecahan  paling dikalangan rakyat semua lapisan di Malaysia.
"Ada yang tanya apa kena mengena fitnah ini  dengan kita, ini soal Anwar dengan Dr Mahathir masa itu. Kalau begitu  mengapa yang kita bergaduh dengan jiran tetangga, bukankah yang kita  berpecah itu bukan sifat munafik namanya.
"Kesan fitnah yang paling hebat ialah  perpecahan dalam masyarakat Islam dan bukan Islam, Melayu dan bukan  Melayu, bandar dan bukan bandar semuanya tanpa pengecualian. Perpecahan  yang paling dahsyat ialah akibat fitnah pada tahun 1998. Sudah 12 tahun  adakah sudah damai ke belum, dah taubat ke, siapa nak tanggung dosa  permusuhan ini?
"Rasulullah  bersabda tidak halal bagi seorang Muslim bermusuh dengan saudaranya  lebih dari tiga hari, sekarang sudah berapa tahun?" Dr Badrulamin  melontarkan persoalan kepada lebih 500 penyokong yang hadir.
Bekas pensyarah Universiti Islam  Antarabangsa Malaysia itu menambah isu fitnah terhadap Ketua Umum  KEADILAN itu bukan sahaja berkisar kepada hujah laporan perubatan dan  dikaji dari segi saintifik tetapi juga mempunyai dimensi agama dan  akhlak.
Berhubung  Konspirasi II terhadap Anwar, fatwa Pengerusi Majlis Ulama Sedunia itu  menyata bahawa sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada  secara langsung atau tidak langsung maka hukumnya adalah munafik.
Dr Yusuf juga menyebut bahawa sesiapa yang  membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai  fasik.
"Saya berpesan  dalam kes fitnah terhadap Anwar kalau kita tidak mampu membela beliau  lebih baik kita diam, jangan tambah dosa. Kalau nak komen dalam blog,  facebook dan laman web, komenlah kerana Allah bukan hanya suka-suka  komen, nak komen kena faham isu baru nak komen kalau tak faham bertanya,  sebab setiap komen kita akan dipertanggungjawabkan, setiap huruf dan  setiap ayat yang kita susun dalam facebook, blog dalam alam maya ini  kita akan jawab didepan Allah SWT.
"Kalau kita guna akal fikiran, Anwar pada  1998 sudah diaibkan, dimalukan, diseksa, dizalimi sekarang mereka  (Umno-BN) buat lagi.
"Dalam  Al-Quran di nyatakan dengan jelas kalau orang fasik datang kepada kamu  dengan satu berita, 'check' dan 'double check', jangan sampai kita  menghukum dan buat satu kenyataan yang mengaibkan orang lain. Dalam hal  fatwa ini wajib kita sampai dan sebarkan," kata Dr Badrulamin lagi.
Menyentuh mengenai Pakatan Rakyat Dr  Badrulamin berkata Umno-BN kini cukup takut dengan kekuatan gagasan itu  menyebabkan musuh sentiasa mahu mengugat dan memecahbelahkannya.
"Apa yang Umno cukup mengelabah dan takut  ialah wujudnya satu gabungan yang dipanggil Pakatan Rakyat. Mereka tidak  pernah takut dengan PAS sebagai PAS, KEADILAN sebagai KEADILAN atau DAP  sebagai DAP tetapi bila bergabungnya ketiga-tiga parti ini kekuatannya  amat luar biasa.
"Kekuatan  Pakatan Rakyat tidak kepada PAS sahaja, tidak kepada KEADILAN atau DAP  sahaja, macam Power Rangerslah apabila lima Power Rangers ini bergabung  tenaga baru jadi kuat, kalau seorang berlawan kalah," jelasnya.
Oleh kerana itu kata beliau Umno-BN  mencipta beberapa isu berkaitan agama dan perkauman serta mencetuskan  insiden-insiden yang boleh menjuruskan kepada pergaduhan antara kaum.
"Dalam isu kalimah Allah apakah Umno  bersuara atas prinsip mahu pertahankan nama Allah, kalau kerana prinsip  mengapa mereka ke Sabah dan Sarawak dan kata orang di Kristian di sana  boleh pakai nama Allah, apakah Allah di Sabah dan Sarawak tak sama  dengan Allah di Semenanjung? Status Allah pun berbeza ikut zon? 
"Ini kerana mereka melihat sokongan orang  Sabah dan Sarawak kepada Pakatan Rakyat sampai ke 70 peratus, Umno-BN  panik maka terus mereka mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan  pendirian yang kononnya hendak mempertahankan kalimah Allah.
"Bila mereka tengok di Semenanjung sokongan  orang Cina dan India meningkat kepada hampir 90 peratus kepada Pakatan  Rakyat, mereka buat kenyataan bahawa Pulau Pinang dan Wilayah  Persekutuan boleh guna kalimah Allah dengan alasan negeri-negeri ini  tidak ada Sultan. Bagaimana pula dengan Melaka, sebab itu saya kata  pendirian mereka bukan atas prinsip agama tetapi kerana kepentingan  politik," kata Dr Badrulamin lagi.
Walau bagaimanapun segala perancangan jahat  Umno-BN tidak mampu menggoyang keutuhan Pakatan Rakyat kerana rakyat  sudah masak dan mengetahui motif setiap isu yang dicetuskan kata beliau.
"Mereka ingat dengan isu kalimah Allah, PAS  dan DAP boleh berpecah tapi tak pecah, kemudian dia bakar gereja nak  pecah belahkan kita, dia campak kepala babi hutan dalam masjid bukan  untuk hina masjid tapi mahu pecah belahkan kita tapi makin kuat kita  diasak makin kuat kita berteguh, berpakat.
"Bila gereja diserang PAS pergi, KEADILAN  pergi bukan setakat tengok tolong lagi, bila kepala babi dicampak ke  masjid, Cina dan India datang peluk Imam dan kata "Sabar tuan Imam".
"Mereka nak pecah belahkan kita sebab  apabila orang Cina tidak lagi takut dengan Islam, siapa yang takut?  Apabila orang India sudah berani pakai baju 'PAS For All', 'Islam For  All', siapa yang paling takut? Apabila orang Cina seperti Chang Ming Kai  (ADUN Simpang Pulai) sudah pandai baca Quran siapa yang takut? Sudah  tentu jawapannya Umno!" tegas Dr Badrulamin. 
Suara-Keadilan.com


