Ikuti Blog ini

Maklumat Yang Memeranjatkan Diakhir Sidang DUN

http://buletinonline.net/images/stories/berita24/Ahmadsaidduntrg.jpgKUALA TERENGGANU – Pelbagai maklumat yang terpaksa didedahkan kepada rakyat setelah tiga hari Sidang DUN Terengganu bersidang, sesi penggulungan di hari terakhir Khamis 8 April, lebih memeranjatkan.

Samada maklumat terdedah kerana pertanyaan dan asakan PAS sebagai pembangkang, wakil-wakil rakyat Umno turut ‘tumpang semangkuk’, bertanya kepada kerajaan samada sebagai suara dari DUN masing-masing atau meneruskan pertentangan kumpulan ‘Idris –Ahmad’.


Jawapan wakil kerajaan terus mendedahkan ke'bobokan' Exco Pembangunan Infrastruktur dan kemudahan Awam negeri, Yahaya Khatib Ali.

Soalan terakhir Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang bertanya, adakah kerajaan sedar jalan yang baru siap dari Chendering ke bandar Marang, dijawab sambil lewa dan kebudak-budakan.

"Ya, kerajaan sedar........ ia berombak dan sangat menasyikkan,"kata Yahaya Khatib ketika menjawab.

Antara maklumat yang terpaksa didedahkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said, kerana diasak oleh wakil rakyat PAS adalah berkaitan pemilikan orang-orang Melayu Islam di bandaraya Kuala Terengganu.

Setelah diasak bertubi-tubi oleh ADUN Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, jawapan Ahmad mendedahkan pembangunan yang dilaksanakan di bandaraya ini menjadikan ekuiti orang Melayu Islam semakin mengecil dan berkurang.-BO-
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .