Ikuti Blog ini

PRK Hulu Selangor : PAS perakui sokong Zaid




PAS secara terbuka memberi jaminan akan memberikan sokongan padu kepada Datuk Zaid Ibrahim yang dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) untuk mengekalkan kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sudah tentu calon yang dipilih itu merupakan individu hebat untuk dihantar ke Parlimen.

“Calon yang dipilih PKR mesti seorang yang hebat, seseorang yang boleh membawa suara rakyat. Bukan calon yang hanya mengangguk dan mengiakan sahaja apa yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kita mahu calon yang boleh bercakap dan berucap yang boleh membawa suara rakyat,” katanya.

“Jadi ambil peluang ini untuk menghantar wakil yang boleh menegur kerajaan dan juga memperjuangkan hak rakyat,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Penerangan Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Komuniti Serendah di sini malam tadi.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .