
SPR telah meletakkan Speaker Kedah lebih rendah dari   mereka. SPR sanggup menghina Dewan Undangan Negeri Kedah hanya kerana   mereka mahu mendapat keredhaan UMNO dan Barisan Nasional.
Saya   mencadangkan Pengerusi SPR supaya berhenti ambil gaji beliau dari   Perbendaharaan Malaysia dan ambil gaji beliau dari PWTC. Kerana   Pengerusi SPR tidak lain dan tidak bukan hanyalah taraf pelacur kepada   UMNO dan Barisan Nasional.
Di Sibu pun nyaris SPR mahu menipu dan   memenangkan BN dengan menerima kertas undi POS yang tidak dibuang   (sejumlah 400 undi). Berjam-jam wakil PR bertekak dan bertikam lidah   dengan SPR dan akhirnya wakil SPR terpaksa mengaku kalah.
Kalau   undi2 tersebut diterima, BN akan menang dengan majoriti 70-80 undi.   Mujur kita berkeras dan melawan sehingga SPR terpaksa mengaku kalah.
Saya   yakin, pelacuran SPR terutama dalam kes Kota Siputeh bakal menjatuhkan   lagi nilai UMNO di mata rakyat Malaysia. Inshaalah, SPR tidak akan  boleh  pergi jauh sekiranya mereka merelakan diri mereka dilacurkan oleh  UMNO.
Sehingga  hari ini, tiada sebab untuk SPR menolak arahan  Speaker Kedah untuk  mengosongkan kerusi Kota Siputeh.
Saya tak  sabar untuk PRK Kota  Siputeh ini kerana ia akan memberi peluang kepada  orang Islam di Kedah  mengundi samada mereka redha atau tidak kepada  Judi Bola tajaan Najib  Tun Razak. Kalau BN terus menang, ertinya orang  Kota Siputeh redha  dengan judi bola tajaan Najib Tun Razak ini.
Kasihan  rakyat  Malaysia kerana SPR mereka ditadbir oleh pelacur-pelacur  politik.
Tulang  Besi



