- Negara akan dijajah oleh Yahudi sekiranya Umno/BN terus memerintah
Bukit Tunggal, KUALA NERUS – Rakyat terus membantah tindakan Umno dan Barisan Nasional, yang mengupah APCO Worldwide, sebuah syarikat Yahudi menjadi penasihat kepada Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia.
Di Pekan Batu Enam, disini, lebih 500 orang telah turun telah ke jalan raya, sebaik selesai menunaikan Fardhu Jumaat, semalam.
ADUN Bukit Tunggal, Dr Alias Razak berkata, tidak mustahil Malaysia akan dijajah oleh yahudi sekiranya Umno/BN terus memerintah Negara ini.
“Seluruh dunia mengutuk Israel, tetapi kerajaan Umno dan Barisan Nasional memanggil yahudi menjadi penasihat, inilah jahat dan biadapnya pemimpim Umno kepada rakyat,
“hari ini mereka (yahudi) menjadi penasihat kepada kerajaan Malaysia, satu hari (nanti) tidak mustahil mereka akan menjajah negara kita, sekiranya Umno/BN tidak ditumbangkan dalam pilihanraya akan datang,”katanya ketika berucap dalam himpunan tersebut.
Pada himpunan yang sama, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata kerajaan BN pimpinan Dato’ Seri Najib adalah boneka dan talibarut kepada yahudi.
Menurutnya, kerajaan Najib juga membantu syarikat coca-cola menambah pendapatan bagi membunuh rakyat Palestine, dengan membuka kilang di Malaysia.
Beliau yang juga ADUN Bukit Payung berkata, kerajaan Malaysia telah mengikut telunjuk Israel apabila membatalkan penjualan minyak kepada Negara Iran.
“Najib sanggup menggadaikan duit rakyat sebanyak RM77 juta setahun bagi mengembalikan imej buruk Altantuya Mongolia Najib tun Razak,
“Najib telah membuka ruang kepada syarikat coca-cola nbagi mencari duit banyak bagi membantu yahudi dan Israel,
“kerajaan Malaysia telah menerima petunjuk yahudi apabila sanggup membatalkan penjualan minyak kepada kerajaan Iran sebagai usaha menyokong sekatan ekonomi terhadap kerajaan Iran,
“kerajaan Malaysia juga tidak bersedia untuk mendesak untuk dikenakan sekatan kepada kerajaan Israel,”tegasnya.
Katanya, itu semua menjadi bukti Najib, Umno dan Barisan Nasional adalah tali barut yahudi yang mesti ditumbangkan pada pilihanraya akan datang.
Turut berucap adalah Timbalan Ketua Pemuda PS Terengganu Ustaz Wan Shukairi dan Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus Ustaz Ridhwan Hashim. - BO